Monday, June 23, 2014

Keputusan Terkini: Empat Hakim menolak Permohonan Gereja


Keputusan diumumkan tadi; pihak Gereja Katolik gagal untuk merayu. Bermakna kes kalimah Allah melibatkan akhbar mingguan Katolik, The Herald yang berlanjutan selama 6 tahun selesai hari ini.

Tujuh panel yang bersidang; empat hakim menolak permohonan Gereja; sementara 3 lagi hakim yang menyokong.


Panel yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria
menyampaian penghakimannya mulai jam 9 pagi di kompleks Istana Kehakiman di Putrajaya.

Selain Hakim Arifin, hakim-hakim terkemuka di negara ini akan membuat keputusan kes itu dan mereka termasuk Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum.

Hakim-hakim lain ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar, Datuk Zainun Ali dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.


Dalam senarai Hakim di atas ada tiga Hakim yang pro kepada Kristian kemungkinan merekalah yang menyokong.

Ibrahim Ali berkata beliau bersyukur dan gembira dengan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini. Isu tersebut kini dianggap selepas dan tidak perlu diteruskan lagi.

“Kita akan meneruskan kehidupan harmonim,” katanya selepas diberitahu mengenai keputusan mahkamah.



Sementara itu beberapa komen penganut Agama Kristian di portal pro pembangkang tidak berpuashati terhadap keputusan ini dan ada yang mengugut akan membuat hal ekoran keputusan yang tidak memihak kepada mereka.


4 comments:

  1. Keputusan 4 : 3..

    Hakim 5 Melayu : 2 Kristian...

    Hakim Melayu Mana Yang Sokong Puak Kristian?????

    ReplyDelete
  2. Anon 10.51: Hakim Datuk Zainun Ali

    ReplyDelete
  3. aku tertarik komen peter chung...

    nampak sgt tak memahami penurunan kitab2 terdahulu dan terbatalnya kitab terdahulu sebelum quran...

    -smh-

    ReplyDelete
  4. Heran ya yang diorang sibuk sibuk nak guna perkataan ALLAH tu apahal..macam lah tak ada nama lain..sakit hati benor dia dengan Islam yek? sepanjang hayat akulah kalau tak guna perkataan Allah pun diorang tetap kafir..suka sangat mengacau orang muslim..pelik betul ...entah sapa nak menganut kristian gamaknya...orang islam kalau mereka sesat sekalipun dihujung nyawa perkataan ALLAH lah tersebut dulu..walau sebesar zarah imannya..taubatnya akan diterima...

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.