Thursday, June 26, 2014

Malaysia Kini Mempunyai 35 menteri dan 28 Timbalan Menteri


Kemasukan MCA dan Gerakan dalam kabinet menjadikan jumlah anggota kabinet kini kepada 35 menteri penuh dan 28 timbalan menteri.

Dengan menteri seramai itu seharusnya pentadbiran Malaysia selepas ini akan lebih baik berbanding zaman Tun Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan tiada rombakan kabinet tetapi pertambahan seramai 6 anggota melibatkan kemasukan pemimpin MCA dan Gerakan saja. 

Presiden MCA, Liow Tiong Lai dilantik sebagai Menteri Pengangkutan manakala Timbalan Presiden MCA, Wee Ka Siong dan Presiden Gerakan, Mah Siew Keong, masing-masing dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Tiga Naib Presiden MCA, Lee Chee Leong, Chua Tee Yong dan Chew Mei Fun pula dilantik sebagai timbalan menteri di MITI, Kewangan serta Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Penambahan dua lagi anggota Kabinet kali ini bukan saja menjadikan barisan Kabinet hari ini antara yang terbesar dalam sejarah Malaysia iaitu seramai 35 orang.

Sekiranya tidak ada perbezaan antara dahulu dan sekarang jumlah kabinet yang agak besar ini dianggap satu pembaziran. 

Tetapi jika semua menteri kabinet seramai ini bekerja dengan penuh komitmen dan menghargai wang rakyat bakal dihabiskan untuk membayar gaji dan elaun mereka, Malaysia akan lebih cemerlang menuju ke arah negara yang berpendapatan tinggi.

2 comments:

  1. Benarkah M'sia negara paling bnyk menteri dan perjawatan tinggi dinisbahkan dgn jumlah penduduk ?
    How much gov spending for each everyone of them, in term of rumenerations, benefits and facilities ?

    ReplyDelete
  2. Nak jadi negara maju - tapi Islam/umatnya terus diHINA/diGERTAK/diJAJAH di Tanah Melayu ni dan global - sampaikan TANAH PUSAKA termasuk Tanah Rezab Melayu terus TERGADAI termasuk kat si KAPIRDAJAL warga asing ! Patutlah si pengikut SYAITAN, si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS dan ejen tempatannya MELALAKdan KETAWA habis-habisan!

    ALLAH SWT harapnya akan MEMGHUKUM PENGKHIANATAN si Islam/Melayu-LIBERAL, PENJAHANAM agama, bangsa dan negara di Tanah Melayu, PUSAKA nenek moyang kita ini, dr. sebelum dijajah si KAPIR LAKNAT British-ZIONIS dan mana-mana puak PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL yg. asalnya dibawa si PENJAJAH buas tu!!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.