Thursday, June 19, 2014

MCA dan DAP Bersatu Untuk Lanyak ISMA, Tian Chua Masih Bebas Sebab Dia Cina


Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman hari ini mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kajang Puan Norhazani Hamzah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya.

Beliau dituduh di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 atas kesalahan menyebut perkataan menghasut dengan membuat kenyataan bahawa menyifatkan kedatangan pendatang Cina ke Tanah Melayu bersama penjajah British suatu ketika dahulu adalah satu bentuk pencerobohan dan menyebut bahawa orang Cina datang ke negara ini bersama penjajah British sebagai penceroboh.

Beliau juga dituduh kerana menyebut ‘Siapa yang bagi mereka hak kerakyatan dan kekayaan sehingga hasil pencerobohan mereka dilindungi sampai hari ini?’ dan ‘Itu semua perbuatan British yang bersekongkol dengan Cina menindas dan membuli orang Melayu’.

Jika sabit kesalahan, beliau akan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Ustaz Abdullah dituduh disebabkan aduan kepada polis yang dibuat oleh Lim Lip Eng, seorang ahli Parlimen DAP dan Eric Choo Wei Sern daripada MCA.
Mereka berkata kaum cina terguris dengan kata-kata yang diluahkan oleh Pengerusi ISMA Ustaz Abdullah Zaik itu
Beberapa perkataan yang digunakan oleh Ustaz Abdullah seperti ‘Cina dan Inggeris penceroboh’ telah dijadikan alasan aduan tersebut.
Secara umumnya apabila isu kaum cina disentuh maka DAP dan MCA telah bersatu untuk melanyak sesiapa sahaja yang mengganggu gugat kaum mereka tetapi bila isu Melayu dan Islam diganggu lain pula jadinya. Melayu sesama Melayu akan bergaduh sesama sendiri demi membela kaum Cina yang.
Malah ada pemimpin Melayu yang lebih hina membela individu yang menghina Agama Islam sehingga sanggup membuat usul mengurangkan kuasa Majlis Agama Islam Selangor.
Kes ISMA ini boleh dijadikan sumber rujukan apabila pihak berkuasa menghadapi kes yang sama terhadap Tian Chua. Lebih 1000 laporan polis telah dibuat namun pihak berkuasa hanya buka kertas siasatan sahaja dan walaupun kes ini sudah lama berlalu namun tiada tindakan sedrastik tindakan terhadap Pengerusi ISMA.
Seperti contoh, kes Lahad Datu, Tian Chua pernah memperkotak katikkan usaha kerajaan dalam menangani isu pencerobohan kedaulatan negara tersebut.
Walaupun banyak laporan polis dibuat, tapi belum ada apa apa tindakan yang diambil terhadap Tian Chua dan mungkin atas sebab itu juga maka beliau kini mengulangi perangai buruk tersebut.

Baru baru ini apabila Anwar Ibrahim dikenakan hukuman penjara selama 5 tahun diatas kesalahan meliwat Saiful Bukhari Azlan bekas pembantu peribadi Anwar, Tian Chua telah mengeluarkan kenyataan barbaur hasutan yang mana Tian Chua telah mengatakan bahawa Anwar dihukum 5 tahun penjara dan Najib (Perdana Menteri) akan dijatuhkan dalam masa 5 bulan.

Ini bukan hasutankah?

Jika Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata kenyataan pengerusi ISMA adalah menghasut orang ramai dan boleh menggugat kenteraman awam, apakah kenyataan tidak berbaur hasutan kerana beliau adalah kaum cina?

1 comment:

  1. Ada kalanya timbul persoalan dalam pemikiran aku . Adakah pemimpin2 Melayu sedar bahawa Negara ini Tanah Melayu dan rakyat bukan Melayu tinggal ditanah Melayu ini dengan bersyarat sehingga bila2 pun. Kuasa ditangan Melayu Bumiputra tetapi Nampak macam Melayu sudah tidak berkuasa lagi. Mahkamah jadi mainan . Bahkan kadang2 cakap pemimpin2 Melayu pun macam orang bodoh kena cucuk hidung. Jadi penakut tak tentu pasal. Apakah Melayu benar2 nak beri kuasa kepada kaum asal pendatang itu? Sungguh menghairankan dengan sikap orang Melayu sekarang ini macam orang zaman tak bertamadun . Kenapa pemimpin Melayu nak jadi Pak kaduk? Kerana mahu kuasa besar untuk mudah dapat wang . Apa lagi gadai negaralah untuk mencapainya. Malahan rakyat Melayu pun serupa ingin membaiki politik Tanah air macam 'tikus membaiki labu' . Akhirnya Melayu dan Islam tergadai semuanya. Semua jadi kalut semua jadi nyanyuk.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.