Monday, June 23, 2014

Mereka Bersikap Kurang Ajar Hanya Mahu Umat Islam Bertelagah Sesama Sendiri


Presiden Kristian Malaysia (CFM) Dr Eu Hong Seng untuk meneruskan menggunakan kalimah Allah walaupun Mahkamah Persekutuan membuat keputusan menolak rayuan yang dibuat oleh paderi Gereja Roman Katolik untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes The Herald.

Eu juga berkata kami penganut Kristian akan tetap menggunakan kalimah Allah dalam ibadah kami.


"Memandangkan keengganan untuk memberikan kebenaran merayu kepada Gereja Roman Katolik, kita akan meneruskan tindakan dan aktiviti kita, menganggap keputusan Mahkamah Rayuan terhad kepada fakta kes tertentu saja," katanya.

Eu juga berkata penganut Kristian mempunyai hak untuk meneruskan penggunaan kalimah tersebut dan kita juga disokong oleh ramai pemimpin Islam.

"Masyarakat Kristian mempunyai hak untuk terus menggunakan perkataan Allah di dalam Al-Kitab, ibadah gereja dan perhimpunan Kristian dalam jemaah Bahasa Malaysia kami, seperti yang kita lakukan sebelum ini," katanya.

Ketua Hakim Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel tujuh hakim itu berkata, Presiden Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif, Ketua Hakim Malaya Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Hakim Mahkamah Persekutuan Suriyadi Halim Omar berkongsi pendapat yang sama.

Portal Malaysian Insider memetik penasihat undang-undang pakatan rakyat Aziz Bari merasa kesal dengan keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap kes penerbitan The Herald akan memberi petunjuk bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhak menyita naskhah Bible dalam bahasa Melayu dan bahasa Iban adalah benar dan dilandasan yang betul.

Katanya, keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak membenarkan rayuan itu sangat “mengecewakan” kerana ia memberi maksud bahawa keputusan Mahkamah Rayuan sebelum itu adalah muktamad.


Pada 31 Disember 2010, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan mengisytiharkan bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan Herald dalam Bahasa Malaysia itu, khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak, menggunakan kalimah Allah, sebagai tidak sah dan batal. Oleh itu pihak Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dimana sahaja yang mereka suka. Peraka ini disokong penuh oleh beberapa pemimpin tertinggi Pas dan pakatan rakyat serta menyifatkan keputusan itu adalah adil.

Pada 16 Februari 2010, Ketua Paderi Roman Katolik Malaysia Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman dan menamakan KDN serta kerajaan sebagai responden.

Antara lain, beliau memohon satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Jan 2009, yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh Herald, sebagai tidak sah dan batal serta kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam walaupun mereka sebelum ini tidak pernah menggunakan kalimah Allah tersebut. Ini diperkuatkan lagi apabila beberapa pemimpin yang kononnya berjuang menegakkan Agama Islam memberi sokongan padu kepada pihak Kristian.

Salah seorang daripadanya adalah Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam yang begitu bersunggu-sungguh mempertahankan pihak Kristian sehingga menggelarkan kepada pihak yang mempertahankan kalimah Allah adalah bodoh.

Ekoran itu penganut Agama Kristian memberi sokongan sepenuhnya kepada Khalid Samad pada kempen PRU13 yang lalu dan akhirnya beliau berjaya memenangi PRU13 Parlimen Shah Alam.

5 comments:

  1. Kononya mereka minoriti...padahal tokong...kuil..gereja..lebih banyak dari masjid. Kepada orang Islam awas perancangan puak ini.

    ReplyDelete
  2. Tolonglah....dah banyak mana lagi Bangsa Melayu dan yang beragama Islam nak kena bersabar????

    LAknat Shah Alam tu tak payah nak heran la. KAlau nak berpolitik, keluarga sendiri pun boleh digadai! Itu adalah satu trademark Melayu pakatan...baik PKR ataupun PAS. Sebab tu lah DAP cukup senang bersekongkol dengan diorang. Senang ditipu dan dibeli maruah diorang!!

    ReplyDelete
  3. Dasar si puak SAMSENG KAPIRDAJAL - tak hormat lansung undg-undg SYARIAH mahupun PERLEMBAGAAN kat NEGARA ISLAM ini; ISLAM/umatnya dipijak-pijak mcm. kita ni SAMPAH kat bumi ISLAM nenek moyang kita ni!

    Dan ramai pemimpin Islam/Melayu kita takut sgt. dgn. pemimpin SAMSENG KAPIRDAJAL terutamanya di Sabah/Sarawak - apasal? Puak PENGGANAS KAPIRDAJAL ni sedang mahu memisahkan Sabah-Sarawak dari Malaysia dan asyik berlagak seolah Sabah/S'wak si Kristian punya dan seolah mereka MAJORITI - dan disyaki inilah punca utama mereka mempolitikkan dgn. amat DAJAL, penggúnaan KALIMAH ALLAH suci kita.Lihat di http://www.melanaublogger.com/2014/06/masa-depan-malaysia-ditangan-mereka-ini.html , Masa depan Malaysia ditangan mereka ini?, Posted by MELANAU BLOGGER; dan di - http://www.melanaublogger.com/2014/06/disebalik-sarawak-for-sarawakians.html, Disebalik "Sarawak for Sarawakians", Posted by MELANAU BLOGGER) - dan mahu PENJAJAH British-ZIONIS masuk campur!

    Makcik Sambal Belacan.




    ReplyDelete
  4. Mereka provok agar pengundi bumiputra Sarawak non Muslim tak sokong BN dgn anggapan anti Kristian. PRN kurang 2 tahun je lagi. Serangan mereka akan persistent.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.