Thursday, June 26, 2014

Nurul Izzah Tetap Mahu Menceraikan Suaminya !!!


Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan diberitahu rumahtangga Nurul Izzah Anwar dan Raja Ahmad Shahrir Raja Salim tidak dapat diselamatkan lagi.

Jawatankuasa Pendamai mengalami jalan buntu dengan sifat keras kepala Nurul Izzah anak kepada Anwar Ibrahim yang tetap mahu bercerai dengan suaminya walaupun suaminya merayu untuk bersatu semula demi anak-anak.

Nurul Izzah dilaporkan tetap mahu meneruskan permohonan cerainya sementara Raja Shahrir masih sayangkan anak Anwar Ibrahim ini dan enggan melafazkan cerai terhadap beliau.

Laporan jawatankuasa yang berbincang pada 26 Mei 2014 itu juga menyebut bahawa MP Lembah Pantai itu dan suaminya sudah tidak tinggal bersama sejak 17 April 2014.

Hakim kemudian menetapkan menetapkan tarikh 7 Ogos 2014 untuk memberi peluang kepada peguam suaminya, Zulkifli Che Yong untuk meneliti laporan itu.

3 comments:

  1. inilah didikan yang terbaik Nuar dah bagi...

    ReplyDelete
  2. Dah ada jodoh nak macam mana...

    ReplyDelete
  3. Kita tak tahu apa sebenarnya masalah mereka........jadi kita jangan buat dosa kering lah kan!

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.