Friday, June 20, 2014

Papa Gomo Hanya Mahu Bayar RM100 sahaja sebulan kepada Anwar


Papagomo hanya akan bayar hanya RM100 sebulan kepada Anwar Ibrahim kerana ini sahaja yang layak diterima oleh Brother Anwar Bin Ibrahim.

Mahkamah Tinggi menolak permohonan papagomo untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi sebanyak RM800,000.

Kenapa mahkamah begitu garang sekali menghukum Papagomo? Apakah tiada ruang langsung bagi Papagomo untuk membuat rayuan.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop bagaimanapun menasihatkan beliau supaya berbincang perkara itu dengan Anwar sendiri.

Hari ini Rosilah menolak permohonan Papagomo juga dengan kos RM5,000, di dalam kamar dengan dihadiri peguam Shahid Adli yang mewakili Anwar dan Wan Muhammad Azri, yang mewakili diri sendiri.

Pada 28 Feb, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.

Dalam penghakimannya, Rosilah berkata daripada keterangan yang dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo dan telah menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya.

Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad.

Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.

1 comment:

  1. Inilah jenis puak GILABABI PKRSODOM- punya tamak duit mcm. PEMAKAN BABI! Umat Islam/Melayu yg. MAJORITI dilanggar sampai mati/cacat, hampir hari-hari, oleh tuanpunya lori/bas/kereta BUAS SAMSENG - satu sen pun tak dapat sedgkan dlkm kes saman, sampai BERJUTA ! Apa KEJADAHnya ni!

    Patutnya Papa Gomo buat lapuran polis di atas undg.undg SIVIL Barat-ZIONIS SAMPAH mcm. ni - kat NEGARA ISLAM ini! Undg-undg LONGKANG si KAPIRDAJAL si Barat-ZIONIS; yg, hanya tahu MENGNIAYA si miskin dan tertindas - yg- kaya dan MUSUH ISLAM terus TERBELA dan hidup senang lenang dgn. anak-beranak depa!

    Makcik Sambal Belacan,.





    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.