Thursday, June 5, 2014

Peminat Kilauan Emas cetus kekecohan selepas dilarang masuk


Hampir 500 peminat setia rancangan Kilauan Emas 4 merusuh di hadapan pintu masuk Dewan Seri Putra di Bukit Jalil sebentar tadi apabila mereka tidak dibenarkan masuk ke gelanggang yang menjadi medan saingan akhir program itu.

Difahamkan, kekecohan itu timbul akibat bilangan penonton yang hadir terlalu ramai manakala tempat duduk yang disediakan di dewan berkenaan pula terhad.

Pintu masuk mula dewan terbabit ditutup jam 9 malam kerana rancangan popular itu bakal disiarkan secara langsung di saluran Astro Prima, tepat jam 9.30 malam.

Tindakan berkenan mencetuskan situasi tegang apabila mereka yang tidak dapat masuk mula menjerit dan berasak-asak di hadapan pintu masuk.

Sebahagian daripada mereka dilihat menghentak-hentak sepanduk di kawasan itu.

Bagaimanapun, keadaan dapat dikawal apabila pihak Astro menyediakan skrin besar untuk mereka menyaksikan program final itu.

5 comments:

  1. Memang Kilauan Emas best, tak heran peminat mengamuk...

    ReplyDelete
  2. DUNIA OH DUNIA..kalaulah diorg ni berdemo x dapat masuk berjemaah di masjid alangkah indahnya..

    ReplyDelete
  3. Itulah bahana tarikan hebat industri hiburan tanah air.Jgn lupa serbu pula program Pencetus Ummah (PU) ramai2..

    ReplyDelete
  4. ooooo melayu kalau psl hiburan mmg hebat, selagi melayu hidup x mengikut ajaran Islam smpi bila pn akan layu,,,, gua setuju dgn anoy 12;04pm apa lagi kalau kecoh berebut saf depan sekali...... semua ni hasil tarbiah umporno........ Jom Heboh.....turunlh melayu semua kita bergembira....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.