Thursday, June 5, 2014

Penguatkuasa Dalang Jual Bahanapi Bersubsidi Rakyat DiPaksa Menanggung Bebannya


Pendedahan eksklusif sebuah akhbar terkemuka yang memetik sumber dalaman Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melaporkan oleh kerana peguatkuasa gagal menangani penjualan bahanapi diesel bersubsidi secara berleluasa maka satu sistem baru akan dilaksanakan.


Ssistem itu iaitu pembelian bahanapi secara terhad kepada semua pengguna termasuk pengguna persendirian. Sistem ini dijangk akan bermula pada September ini bagi kenderaan komersil manakala Oktober dan November bagi kenderaan persendirian.

Menurut akhbar tersebut, sumber dalam KPDNKK  itu mengatakan pemberian subsidi akan dilaksanakan melalui pemberian elaun di mana setiap pengguna kenderaan perlu mendaftar kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan memberikan butiran berkaitan cukai perseorangan atau syarikat bagi mendapatkan ‎kad minyak tersebut.


Kad elaun subsidi minyak yang bakal diberikan kepada pengguna mengandungi maklumat seperti nama penerima, alamat dan kuota bulanan minyak.

Bagaimanapun menurut akhbar itu, sekiranya penggunaan elaun subsidi melebihi ‎kuota ditetapkan, ‎‎pengguna perlu membeli sendiri minyak mengikut harga pasaran yang tidak ada subsidi iaitu Ron 95 RM2.95 seliter dan Diesel RM3.00 seliter.

Sumber itu juga mendedahkan pengguna kenderaan persendirian yang berpendapatan RM5,000 ‎dan tidak melebihi RM10,000 turut layak menerima pemberian subsidi tersebut, bagaimanapun dihadkan hanya sebanyak 300 liter sahaja.

Di bawah skim ini bagaimanapun tidak boleh diguna pakai kepada mereka yang berpendapatan lebih RM10,000 dan warga asing.

Menurut sumber KPNKK lagi, pelaksanaan sistem baru itu belum diputuskan secara rasmi kerana KPDNK masih mempertimbangkan keadah lain daripada pihak berkaitan.Ini sebagai cadangan apabila penguatkuasaan gagal menyekat penjualan diesel bersubsidi secara berleluasa.


KPNKK juga ada mencadangkan pemberian subsidi bahanapi mengikut cc kenderaan iaitu hanya kenderaan berkapasiti 2000 kebawah sahaja boleh menikmati subsidi manakala kenderaan berkapasiti 2000 ke atas tidak layak menikmati subsidi bahanapi.Walau bagaimana pun cadangan ini belum diputuskan lagi oleh kabinet baru diperingkat cadangan.

Pada 29 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata kerajaan memutuskan mengkaji semula pemberian subsidi minyak bagi memastikan tiada kebocoran dalam perbelanjaan kerajaan.

Katanya, tahun lepas kerajaan membelanjakan sejumlah RM2.48 bilion bagi pemberian subsidi petrol dan diesel manakala tahun ini pula sebanyak RM22.3 bilion.

Pemberian subsidi berbentuk kad itu diputuskan bagi membolehkan kerajaan mengkaji nilai penggunaan minyak yang betul oleh pengguna.

Kerajaan juga dikatakan bercadang memperbaiki sistem MyKad bagi pertambahan maklumat penerima subsidi di dalam kad tersebut.

4 comments:

  1. Betul-betul bodoh, mer
    eka ini..kalo nak hentikan penyelewengan..cuma perlu rampas lori, stor, tangki, pam minyak..dan musnahkan. Kenapa rakyat pulak yang tanggung kerana penyeludupan?...tak logik langsung. Kenapa yg bergaji lebih 10k kena,...sedangkan apek penjual ikan yg kayaraya tak kena. Yg akan beban kebanyaka adalah org melayu...cina tak ada pay slip...

    ReplyDelete
  2. Jgn. kita TERPERANGKAP SR - dgn. perancangan halus si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM!

    Kem. Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan nikan sgt penting utk kaum BUMIPUTERA, terutamanya umat Islam/Melayu - jadi aku syak ini telah diRANCANGkan dgn. amat halus, utk. MENJATUHkan Menteri Islam/Melayu YB Datuk Hassan Malek dan digantikan dgn. si DALANG-DUA-MUKA plg. merbahaya, si GerakanKAPIR!

    Tengoklah Pulau Tioman yg. dulunya, sebahagian dijual kat PENDATANG Cina dgn. harga begitu murah utk. buat resort dan pdg. golf lima bintang - sekrg. dah hampir 60% dijual, terutamanya pd. PENJAJAH S'pura!

    Dahlah tu, yg. herannya, penduduk kpg. Islam/Melayu miskin, ramai TAK dpt. pinjaman buat perniagaan pelancongan sendiri serta TAK dpt. subsidi enjin bot, dan juga didiskriminasi pekerja asing yg. dapat digaji dgn. murah, di hotel-hotel kat situ!

    Lepas tu, anak-anak muda TERCICIR dekolah sebab hanya ada sebuah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah rendah sehingga Tingkatan 3 di Kampung Teke- utk. belajaq di Mersing terlalu mahal naik bot - apa KEJADAHnya ini boleh berlaku?! Mana WAKIL RAKYAT Islam/Melayu oi - lepas menag plihanraya, terus SENYAP?!

    Lihat di http://www.ismaweb.net/2014/06/tiada-jalan-keluar-daripada-kemiskinan-bagi-penduduk-pulau-tioman/ :

    Tiada jalan keluar daripada kemiskinan bagi penduduk Pulau Tioman

    June 5, 2014

    MERSING, 5 Jun – Bila memperkatakan mengenai Pulau Tioman, perkara yang terlintas dalam fikiran pastinya sebuah destinasi percutian yang cukup indah dan damai.

    Isu kemiskinan, pendidikan dan pendapatan penduduk yang begitu rendah mungkin tidak akan terlintas di fikiran sesiapapun apabila membayangkan pulau ini.
    Hakikatnya, inilah yang terpaksa dilalui oleh masyarakat di sini, yang masih dibelenggu kemiskinan hingga sesetengahnya bertungkus lumus untuk meningkatkan lagi pendapatan yang rata-rata RM500 sebulan.

    Umum melihat, Pulau Tioman telahpun melalui fasa pembangunan lebih 20 tahun lepas. Hari ini, tersergam resort-resort mewah dan calet yang memenuhi setiap tujuh kampung yang terdapat di pulau ini bagi memenuhi keperluan pelancong.

    Kemajuan hasil daripada industri pelancongan yang dilihat pada mata kasar kononnya memberi manfaat kepada penduduk kampung di sini yang berjumlah lebih 3,000 orang. Hingga ia dikatakan membuka peluang pekerjaan dan perniagaan kepada hampir 90 peratus penduduk yang majoritinya Melayu.

    Namun, bancian pendapatan isi rumah yang dijalankan oleh Universiti Malaya pada tahun lepas menunjukkan bahawa 45 peratus penduduk di Pulau Tioman terdiri daripada kumpulan miskin tegar dengan pendapatan kurang RM500 sebulan.

    Manakala 25 peratus berpendapatan antara RM500 hingga RM1,000 sebulan. Hanya mereka yang terlibat sebagai pengusaha sahaja yang memperoleh pendapatan lebih RM1,000, contohnya, pengusaha bot dan calet.

    ….Orang luar terutama warganegara Singapura, memiliki banyak resort berkenaan.

    TERUSkan MEMBACA.....

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN ISLAM/umatnya, Kesultanan Melayu, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete
  3. Beruk tu tau ker aku miliki toyota 4x4 cc 2.7 lama kerja persendirian buat projek kecik-kecik pun kena bahana nyer..

    ReplyDelete
  4. Beruk tu tau ker aku miliki toyota 4x4 cc 2.7 lama kerja persendirian buat projek kecik-kecik pun kena bahana nyer..

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.