Thursday, June 19, 2014

Penguatkuasaan Lemah Punca Pendatang Haram Indonesia Keluar Masuk Malaysia Begitu Mudah


Sebelum ini, Washington pernah menyenaraihitamkan Malaysia bersama beberapa buah negara lain seperti Myanmar, Cuba, Iran, Korea Utara dan Sudan sebagai antara negara yang terlibat dalam penyeludupan manusia dan Malaysia menafikannya. 

Undang-undang Malaysia pada masa ini tidak mempunyai perbezaan antara penyeludupan manusia dan pendatang haram di Malaysia.

Tindakan Kanada yang mula kenakan Visa terhadap rakyat Malaysia ada kena mengena dengan kes Mykad palsu yang berleluasa sebelum ini. Memang pahit untuk ditelan, tapi itulah hakikatnya. Cuba lihat senario yang yang berlaku hari ini dengan lambakan pendatang haram di Malaysia.


Setiap kali polis buat serbuan dit pusat hiburan atau rumah urut, pasti mereka tidak akan “pulang dengan tangan kosong. Mesti ada yang dapat sangkut warga asing china dan Indonesia. Bukan sikit-sikit, berduyun-duyun pulak tu.
Sejak akhir-akhir ini isu pendatang tanpa izin (PATI) di Malaysia sudah menjadi satu virus yang paling berbahaya. Lebih bahaya dari H1N1. Antara kesan-kesan yang dah semakin ketara disebabkan pendatang asing tanpa izin di Malaysia yang dilihat ketika ini semakin bermaharajalela atau bahasa kasarnya “dah naik kepala” :
  1. Jenayah tanpa rekod atau memang dah terlampau banyak. Samun, kes cabul. Bak kata mudah, apabila pihak berkuasa pasang jerat sahaja tak sampai 10 minit akan ada tangkapan.
  2. Peluang pekerjaan part time untuk rakyat Malaysia semakin kurang. Ini kerana pekerja asing ini boleh tidur dan makan di tempat kerja. Sebahagian besar daripada mereka, diakui ramai rajin datang awal, rajin bekerja dan tidak kisah kerja lebih masa serat tidak memilih untuk bekerja.
  3. Pernah lihat pekerja bangla membeli-belah di Mydin ataupun Tesco contohnya? Sampai tak cukup tangan…….Natijahnya?
  4. Masalah setinggan
  5. Akan keluar lagi banyak pendaftaran negara enterprise. Setakat mykad dan passport, mudah-mudah sahaja mereka ditipu
  6. Rakyat Malaysia sudah mula rasa tidak selamat di negara sendiri dan takut keluar rumah sedangkan pendatang haram  ini bebas berkeliaran yang bergerak selalunya dalam kumpulan
Sekurang-kurangnya kalau dah tak boleh selesaikan gelombang pekerja asing yang HALAL, cari mekanisme yang terbaik untuk banteras habis-habisan pekerasing tanpa izin di Malaysia. Tidak kisah, pendatang asing yang datang untuk bekerja. 

Memang kita perlukan namun bukan sehingga kita dah jadi terdesak macam sekarang. Cuba pergi di Klang, dah macam negeri PATI pula. Sarawak dan Sabah jangan cakapla…..sampaikan rakyat mereka dah letih menerima “takdir” yang menerima mereka.

Kalau di Singapura, siapa ceroboh sahaja akan ditembak. Kita? Siap bagi selimut bantal lagi. Memang berbudi bahasa Malaysia ini. Sehingga kita dipijak-pijak oleh mereka.
Kadang-kadang isu pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia ini takkan habis sebab puncanya dari rakyat kita sendiri. Apakah puncanya?


  • Bila ada kes baru terhegeh-hegeh nak buat serbuan. Bidang kuasa PATI ini bergantung kepada Imigresen, kemudian baru pihak polis. Tiada arahan yang jelas dan konsisten tentang pelaksanaannya. Polis bukan boleh suka suka pergi serbu, kena ada arahan operasi dari KDN baru boleh serbu. Melainkan ada kes jenayah.
  • Operasi yang dinamakan khusus untuk tangkap PATI ini membataskan kuasa dan tugas polis. Polis yang ronda-ronda pun bukan boleh cek ( periksa ) pekerja asing ini secara suka hati, sembrono. Ini semua karenah birokrasi yang  telah wujud sekian lama di negara. Kalau di England, kalau kau salah tetap salah tak kira apa pangat sekalipun. Sebab itu polis di Britain boleh saman anak raja sekali pun. Kalau di Malaysia?
  • Rasanya kerajaan kurang ‘susahkan’ PATI ni bergerak. Mesti kerap buat rondaan, terutamanya di kawasan “hitam” bagi pendatang asing tanpa izin. Jika kita susahkan mereka (PATI) ini bergerak untuk cari makan, rasanya ‘panas’ jugak mereka untuk tinggal di Malaysia. Ini tidaknya banyak betul masa “honeymoon” untuk mereka berbanding serbuan yang dibuat.
  • Kita sebagai rakyat Malaysia pun kena main peranan  Jangan takut untuk laporkan kehadiran PATI. Jika ada yang mengetahui PATI yang berniaga. BOIKOT sahaja.
  • Suka atau tidak, inilah realitinya. Rasuah yang semakin menjadi-jadi dikalangan pihak berkuasa. Bukan semua, sebahagian besarnya begitu. Yang tidak mengambil rasuah, kami ucapkan TAHNIAH untuk anda.
  • Tiada permit kerja tetapi nak hire pekerja asing!! Maka berbondong-bondonglah mereka datang dengan pas lawatan hingga tamat tempoh!!
Kerajaan membelanjakan RM30.2 juta bagi menampung kos penghantaran pulang 154,729 pendatang tanpa izin, PATI di antara tahun 2007 dan 2009. Selain itu kerajaan dikatakan membelanjakan RM30 sehari membiayai kos kehidupan harian dan rawatan (tidak termasuk kos perubatan) PATI di Depot (tahanan) Imigresen. 

RM30.2 juta itu wang cukai dikutip daripada kita semua. Anda tidak terasa ker selain duit cukai anda digunakan di sini. Apa kata pembayar cukai di sini?

Kerajaan hantar pulang 10 pendatang asing tanpa izin, 2 minggu lagi 100 PATI akan datang semula tanpa sebarang masalah

Ini merupakan berita yang dipetik daripada akhbar Kosmo yang pernah disiarkan sebelum ini. Inilah yang dikatakan harapkan pagar, pagar makan padi:

KLANG : Ada berapa ramai penumpang dalam bot? Kalau tak lebih (jumlah orang) kami tak periksa. Itu antara perbualan yang sayup kedengaran di luar bot pancung yang dinaiki wartawan Kosmo! Menyamar sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI). Ia dipercayai antara pihak berkuasa yang memantau perairan negara dengan ejen sindiket menyeludup PATI ke Malaysia semasa bot itu ditahan ketika dalam perjalanan menuju Pelabuhan Klang dari Tanjung Balai Asahan, Indonesia.

Apa yang mengejutkan, bot yang sarat dengan penumpang itu langsung tidak diperiksa sebaliknya dibenarkan beredar setelah berpuas hati dengan jawapan daripada ejen sindiket berkenaan. Itulah senario yang berlaku di perairan negara apabila wujudnya? Sehinggakan aktiviti penyeludupan manusia yang kini semakin menjadi-jadi.

Malah perkara tersebut diakui sendiri oleh ejen sindiket yang memberitahu, kegiatan menyeludup manusia bukannya baru tetapi sudah berlaku sejak bertahun-tahun lalu. Dengan hanya menggunakan bot-bot pancung yang didaftarkan untuk membawa ikan dan sayur-sayuran, membolehkan mereka membawa masuk dan keluar PATI di negara ini. Apa yang mereka perlu sediakan adalah “wang pelincir”?

Kata ejen sindiket yang dikenali sebagai Yusri mengatakan yang perjalanan mesti bermula pada waktu malam. Jelasnya, dia telah melakukan kegiatan itu hampir 15 tahun lalu bermula dengan penghantaran ikan namun hasil pergaulan dengan ramai orang, dia mendapat lubang untuk menambah pendapatan dengan menyeludup manusia. Sayaenggak berani pada mulanya tetapi bila tahu lubang ini selamat untuk dilalui baru, boleh bergerak.

Selagi lubang tidak dibuka, selagi itulah semua penumpang kena tinggal di rumah transit yang kita sediakan,? katanya yang menyangka wartawan Kosmo berasal dari Jawa Tengah. Katanya lagi lubang tersebut perlu dibayar untuk membuka laluannya dan penjaganya juga perlu diketahui dari awal atau terpaksa berhadapan risiko ditahan. Tambahnya, untuk melakukan kerja tersebut, apa yang penting mesti kenal ramai orang terutama orang yang ada kuasa.Pendatang asing tanpa izin (PATI) sentiasa balik ke negara asal mereka apabila bulan Ramadan hampir tiba atau semasa musim perayaan, kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Datuk Mohd Puzi Ab Kahar.

"Ia bukan sesuatu yang pelik apabila terdengar berita mengenai bot karam kerana bulan Ramadan dan musim perayaan hampir tiba.

"Kita akan meningkatkan pengawasan terutama pada waktu itu," katanya kepada The Star, Rabu.

Beliau berkata, sindiket juga licik dan sentiasa mengubah taktik mereka.

"Jika kami mengenal pasti kawasan panas tertentu, maka sindiket akan mengubah lokasi pelabuhan mereka untuk berlepas.

"Mana-mana bahagian perairan negara kita, sama ada laut atau sungai, boleh digunakan sebagai laluan tikus," katanya.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa perairan Malaysia yang luas dan adalah mustahil untuk mengawai semua aktiviti di laut.

Mohd Puzi berkata, amat penting bagi APMM untuk mempertingkatkan perisikan mereka tetapi untuk berbuat demikian, mereka memerlukan kerjasama daripada orang ramai.

"Kebanyakan sindiket perlu mengangkut PATI melalui kampung-kampung sebelum mereka sampai di jeti.

"Pergerakan seperti itu akan menimbulkan rasa curiga, jadi orang ramai perlu menghubungi pihak berkuasa secepat mungkin," katanya.

Sumber mendedahkan, setiap PATI akan dikenakan bayaran antara AS$200 dan AS$300 untuk 'laluan selamat' kembali ke negara asal mereka dari Malaysia.

Difahamkan beberapa penumpang dikenakan bayaran sebanyak AS$500 untuk pelayaran secara haram kerana terdapat beberapa PATI sanggup membayar tersebut kerana terdesak.

Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan Kurish berkata sindiket akan menjadikan PATI yang terdesak untuk pulang ke negara asal mereka sebagai mangsa.

"Sindiket ini akan menggunakan jeti yang ditinggalkan untuk memulakan perjalanan ke negara jiran.

"Kami turut mengenal pasti kawasan panas di sekitar negara yang digunakan untuk aktiviti pemerdagangan manusia," katanya.

Beliau berkata, sindiket ini akan menggunakan beberapa laluan tikus di seluruh negara untuk mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

Antara lokasi yang dikenal pasti adalah Batu Pahat, Pontian, Pengerang dan Muar di Johor, Kuala Langat, Sungai Kesang, Pulau Carey, Banting dan Tanjung Sepat di Selangor selain Port Dickson di Negeri Sembilan.

3 comments:

  1. Pati membawa masaalah kepada Negara berlipat berganda dari kebaikan yang didapati. Kerakusan kerja dan kezaliman jenayah olih pati ternyata menular dalam Negara kesetiap negeri tanah ini. Inilah akibatnya kalau salah dalam banyak segi pentadbiran Negara. Kerana mahu untung besar, kerana tamak dan kerana mau hidup mewah maka fonomena ini berlaku. Rakyat merasa kecewa dengan lambakan pati dinegara ini. Rezeki rakyat tempatan dirampas olih pati. Kesejahteraan dan keselamatan rakyat tempatan diceroboh olit pati. Bahkan menjadi satu keegoan andai diwar-warkan agensi kerajaan sentiasa memantau dan berjaya mengekang sepenuhnya kemasukan pati kenegara ini. Lambakan pati ini apa puncanya. Tanyalah kepada pegawai penguatkuasa dimana yang tak kena? Tentu ada jawapannya ....paling tidak pun orang ramai dah tahu?

    ReplyDelete
  2. Sebab-sebab banyak PATI:
    i. Rasuah dikalangan penguatkuasa
    ii. Rakyat sekitar tidak ambil peduli siapa kau.(sepatautnya mudahkan buat laporan adauan online)
    iii. Alasan .....Kalo di Sabah serawak ...kata Pantai terlalu panjang 1400km...kalo di johor/melaka..hanya sekangkang kera.
    iv. Musuh dalam selimut dikalangan rakyat
    v. Hangat-hangat tahi ayam...(sepatutnya sarang/rumah kedai dimusnahkan0...tetapi hanya PATI/tyukang urut ditangkap...minggu hadapan buat lagi...(main wayang saja).

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.