Tuesday, June 24, 2014

Perkasa Desak 4 Ekor Pengkhianat Islam DiDakwa Di Bawah Akta Hasutan


Perkasa mendesak empat Ahli Parlimen Pas Selangor didakwa di bawah Akta Hasutan berikutan cadangan supaya meminda kuasa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung isu Bible.

Empat Ahli Parlimen Selangor iaitu Khalid Abdul Samad (Shah Alam), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Hanipa Maidin (Sepang) dan Che Rosli Che Mat (Hulu Langat) minggu lalu mengeluarkan cadangan supaya kuasa eksekutif Mais dihapuskan dalam menguatkuasakan hal ehwal agama Islam di negeri ini.

Perkasa menyifatkan tindakan itu sebagai biadab dalam masa sama menyentuh peranan dan kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri.

Perkasa akan terus mempertahankan Mais dan Jais atas peranan institusi berkenaan yang bertanggungjawab menjaga kesucian dan kemuliaan Islam.

Perkasa Selangor melahirkan sokongan penuh terhadap titah Sultan Selangor supaya isu ini tidak wajar dipolitikkan.

Perkasa menjelaskan bahawa pendirian Perkasa bukan untuk memusuhi penganut agama Kristian tetapi mempertahankan Kalimah ALLAH supaya tidak disalahgunakan.

Kita bukan mahu memusuhi agama-agama lain malah Islam sendiri menggalakkan keamanan dan kesejahteraan. Apa yang kita perjuangkan adalah penggunaan kalimah ALLAH agar tidak timbul kekeliruan pada masa akan datang.

5 comments:

  1. Perkasa hanya boleh keluar kenyataan saja. Nak harap Najib ambil tindakan?Kalau orang UMNO memang dengan cepat Najib akan ambil tindakan.Tapi kalau pembangkang, Najib confuse tak tau nak guna undang2 mana satu.

    ReplyDelete
  2. Ini semua gani patail punya pasallaaa..Undang2 patut di guna utk lindungi negara....tapi mamat ni dilihat cuba lindungi musuh negara..4 ekor beruk kat atas dilihat cuba musnahkan agama Islam...mungkin bukan agama mereka kot....kalau islam di Selangor hancur kami di Johor terasa juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gani Patail ni siapa eh? Serupa tak wujud saja. Non existence.

      Kalau tak caya tanya rakyat. Sure mereka kata kita pun tak tahu siapa dia.

      Delete
  3. Drp lu org budak2 Perkasa sibuk2 dgn 4 org MP PR tu lebih baik lu org pacak depan kedai TOTO o 4D tangkap org melayu yg beli nombo ekoq o suruh tutup aje premis judi tu o Genting Highland kasino judi tu begitu gak budak2 yg x mendirikan solat... kn itu ajaran islam yg patut umat islam patuhi, nnti dlm kuboq tiada soalan negape x taat raja/sultan kamu? ingat soalan pertama ditanya solat kamu camno bro.... hangpa buang masa aje nk bodek sultan, tuanku tak kisah pn lu org makan ke o tidak... hangpa cari sendiri lh bro.... haprak pya Perkasa......

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.