Tuesday, June 3, 2014

Putrajaya Bantu Haji Hadi Dapatkan Rawatan Terbaik Di Turki


Menurut sumber dari Putrajaya PAS mengucapkan terimakasih kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kerana membantu Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memperolehi rawatan terbaik di Turki.

Penolong Setia Usaha Agung Pas Dr Raja Ahmad Iskandar mengesahkan perkara tersebut dan Pas mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia terutamanya kepada Perdana Menteri kerana membantu melalui kedutaan Malaysia di Ankara bagi membolehkan Haji Hadi mendapat rawatan dengan segera
.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam turut berkongsi sekeping gambar dari katil hospital di Facebook beliau.

Dalam gambar tersebut beliau mengangkat tangan sebagai memberitahu rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak yang membantunya dan kini keadaan beliau semakin baik.

Gambar tersebut diiringi mesej ucapan terima kasih kepada yang telah mendoakan kesihatan beliau.

"Saya mengucapkan terimakasih kepada semua kalangan yang mendoakan kesihatan, memberikan bantuan dan kata semangat sepanjang saya mengalami masalah kesihatan semasa di Istanbul ini.

"Alhamdulillah saya dapat merasakan kesihatan saya bertambah baik.

Saya juga berdoa agar Allah SWT memberikan kesihatan ini untuk meneruskan usaha membawa amanah dari Allah SWT. Terima kasih semua," katanya.

Hadi Awang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di Medipol Universitesi Hastanesi, Istanbul Jumaat lalu akibat masalah kesihatan.

Sebelum itu Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd Najib menyatakan kesudiannya untuk membantu bagi mendapatkan rawatan terbaik buat Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Dalam pada itu lidah rasmi Pas Harakah sedikit pun tidak memasukkan ucapan terima kasih Haji Hadi kepada Perdana Menteri.

5 comments:

  1. Harakah biasalah tu. Hati busuk. Najib pun bukan minta bantuannya dicanang, ikhlas.

    ReplyDelete
  2. Memang betul mereka yg berada di HARAKAH kebayakanya telah menghida penyakit hati,

    ReplyDelete
  3. Tak apa la kalau tak sebut pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya tuhan(ALLAH S.W.A) yang tahu .x payah cakap banyak.

      Delete
  4. Rakyat pn tau hanya ahli umporno aje bayar cukai tu psl mrk selalu kata segala bantuan kerajaan kpd rakyat mcm harta mak/bapak umporno jadi rakyat kenalh berterima kasih kpd umporno.....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.