Monday, June 30, 2014

Robben minta maaf kerana menjatuhkan dirinya bagi mendapatkan sepakan penalti ketika menentang Mexico.


Skuad kendalian Louis Van Gaal menjuarai kumpulan B, di ambang penyingkiran pusingan kalah mati sehingga Wesley Sneijder menyamakan kedudukan pada minit ke 88 selepas Giovanni dos Santos membuka jaringan perlawanan

Robben yang telah menjaringkan tiga gol dalam kejohanan ini dijatuhkan oleh ketua pasukan Rafael Marquez, membenarkan pemain gantian Klaas-Jan Huntelaar menyudahkan sepakan penalti.

Jurulatih Miguel Herrera yang berang kerana Robben telah melakukan tiga kali jatuhan untuk mendapatkan keputusan penalti daripada pengadil.

"Saya minta maaf," ujar Robben kepada NOS.

"Penalti yang diperoleh itu hasil daripada kekasaran kepada saya yang betul, tetapi saya tidak sepatutnya melakukan jatuhan ketika separuh masa pertama."

Hector Moreno yang mengalami kecederaan serius apabila bertembung dengan Robben terpaksa dikeluarkan padang dan digantikan oleh Diego Reyes.

"Dia (Moreno) melakukan kekasaran kepada saya dan mendapat kecederan dari insiden itu."

Robben memberikan tugas kepada Huntelaar untuk menyempurnakan sepakan penalti, apabila dia menggantikan Robin Van Persie yang kehabisan tenaga di Fortaleza.

"Selalunya saya akan melakukan sepakan penalti, saya gembira Huntelaar dapat menyempurnakan jaringan itu."

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.