Tuesday, June 24, 2014

Rombakan Kabinet Akan Berlaku Dalam Masa Terdekat


Spekulasi tentang rombakan kabinet akhirnya terjawab apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mengesahkan perkara itu.

Menurut maklumat pelancaran KLIA2 pada hari ini mungkin adalah yang terakhir dihadiri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan.

"Ini mungkin majlis rasmi terakhir anda sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan," katanya secara berseloroh pada majlis pelancaran KLIA2.

Hishammuddin turut hadir pada majlis pelancaran KLIA2, terminal bagi syarikat penerbangan tambang rendah.

Spekulasi tentang rombakan kabinet menjadi bualan hangat akhir-akhir ini berikutan desas-desus bahawa Najib perlu melakukannya untuk membawa masuk pemimpin daripada MCA dan Gerakan.

MCA berpendapat bahawa di bawah kepimpinan baru penting bagi mereka sertai Kabinet untuk kepentingan orang Cina demi untuk menarik sokongan padu masyarakat cina kepada BN.

Akhbar melaporkan MCA menuntut parti itu diberikan lebih daripada dua jawatan menteri dalam penyusunan semula Kabinet yang dijangka akan dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam masa terdekat.

Menurut MCA, pelantikan seorang atau dua orang pemimpin masih tidak mampu memenuhi keperluan masyarakat Cina di negara ini.

Untuk rekod Keputusan Pilihanraya Umum ke 13 MCA terlalu mengecewakan. Amat terlalu jelas bangsa Cina tolak MCA. Kemenangan MCA di kebanyakkan kerusi kerana undian para pengundi Melayu.

Sebenarnya MCA tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan betul sehingga menyebabkan DAP dengan mudah berjaya mempengaruhi masyarakat Cina.

MCA seolah-olah tidak bersungguh-sungguh membantu Barisan Nasional untuk mempertahankan Malaysia.
Mereka telah bertanding di 127 kerusi Parlimen dan Dun. MCA kalah di 108 kerusi. Ini bermakna peratus kegagalan MCA adalah 85%.

Presiden MCA Liow Tiong Lai hanya mampu menang tipis sebanyak 379 undi. Manakala MCA gagal menang sebarang kerusi di Kelantan, Terengganu dan Sabah.

Manakala kerusi MCA di kawasan majoriti Melayu sahaja yang benar-benar mampu dimenangi mereka. 

Oleh itu MCA tidak sepatutnya mendesak Perdana Menteri untuk memenuhi kouta jawatan menteri mengikut kemahuan mereka.

6 comments:

  1. Tak setuju betul MCA dan Gerakan masuk cabinet. Kalah teruk pun masih dibelai. Pelik sungguh pelik. Nak tuntut lebih dari satu jawatan pulak tu. Tak malu betul. Diharap tidak menjadi keyataanla permintaan mereka itu. Bertambah seronok Cina undi DAP, sebab undi DAP pun dapat menteri Cina.

    ReplyDelete
  2. Kalau PM terlalu memenuhi permintaan MCA dan Gerakan, dibimbangi sokongan pengundi Bumiputera/ Melayu akan merosot. hakikatnya prestasi mereka dalam PRU lepas amat teruk.

    ReplyDelete
  3. Kesian PM perlu buat keputusan....tolong jangan bebankan PM lagi oiii MCA terima je berapa jawatan pun...jangan cakap banyak

    ReplyDelete
  4. semuanya atas kuasa perdana menteri dan buat masa sekarang ds najib adalah perdana menteri. terpulanglah kepada dia untuk membuat keputusan dan bila. apa bezanya kabinet dirombak atau kekal, sama ada seorang atau dua orang menteri dari mca pun apa kesannya. jika nasihat orang tua-tua yang berpengalaman luas pun tidak diendahkan, siapalah rakyat biasa yang mahu mengingatkan.

    ReplyDelete
  5. Siok mca &gerakan kalah pun dapat habuan... Nasib kau lah lab....

    ReplyDelete
  6. DAP kalah kt Telok Intan tapi cina masih untuk dpt 5 menteri kabinet,melayu Changkat Jong/Air Itam ape dpt?

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.