Tuesday, June 3, 2014

Saya lawa Tunku Aziz Tak Lawa


Setiausaha Sulit kepada Penasihat parti cauvinist DAP Lim Kit Siang Dyana Sofya Mohd Daud menyifatkan pengalamannya dan bekas naib presiden parti, Tunku Abdul Aziz Ibrahim cukup berbeza.

Dyana menganggap ramalan Tunku Abdul Aziz bahawa beliau akan meninggalkan parti itu tidak boleh diterima akalnya kerana saya san Tunku Aziz adalah berbeza.

Dyana menganggap DAP sebagai keluarga kerana dirinya lebih rapat dengan uncle Lim Kit Siang, bukan parti politik kerana kepemimpinannya menganggap tidak mustahil menjadi rakyat Malaysia sebenar tanpa dibelenggu sifat hikporit.

Dyana berkata demikian bagi mengulas kenyataan Tunku Aziz yang meramalkan beliau akan meninggalkan parti tersebut berdasarkan pengalamannya sendiri ketika bersama DAP.

Bekas penuntut Uitm berusia 27 tahun itu berkata, pembabitannya dalam parti politik pembangkang itu juga tanpa didorong hasrat untuk dilantik dalam mana-mana jawatan.

"Saya percaya perjuangan DAP ada risiko dan kesannya walaupun prinsipnya untuk memperjuangan semua rakyat adalah tepat," katanya.

"Saya berbangga dengan keturunan dan warisan saya. Bagaimanapun, saya tidak percaya dalam menyalahgunakannya dengan mempersendakan rakyat Malaysia yang lain," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.