Tuesday, June 24, 2014

Tajuddin Wajar Saman Rafizi dan Astro Awani Jika Ini Fitnah

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Rahman wajib menghantar notis saman terhadap Rafizi dan Astro Awani jika berita ini adalah fitnah.

Ini perlu bagi membersihkan Tajuddin sendiri sebagai menteri kabinet Dato Sri Mohd Najib dan Umno khasnya.

Pendedahan yang dibuat oleh Rafizi boleh memberi kesan terhadap sokongan daripada pengundi kepada umno menjelang PRU14 nanti.

Sebelum itu PKR mendakwa saham minoriti dalam konsesi penswastaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tapah dimiliki oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Rahman.

Sumber

6 comments:

  1. Kalau tak betul saman!!!!!. Ini yang diajar oleh anwar.

    ReplyDelete
  2. saman? memang itulah pancing yang dihulur oleh rafizi dan gengnya. bila saman macam-macam lagi terdedah dan terlondeh dalam mahkamah dan tak boleh buat apa-apa untuk membetulkannya. sebagai orang lama dalam politik, tajuddin tak perlu masuk dalam perangkap seperti ini. tidak ada salahnya anak ahli politik atau anggota kerajaan berniaga. salahnya cuma jika ada pertentangan kepentingan, itu pun jika dapat dibuktikan secara nyata. ada kaedahnya untuk mengelakkan kes pertentangan kepentingan berlaku. contohnya dengan keluar dari mesyuarat yang memutuskan perkara berkenaan. itu prosedur standard yang diamalkan. masyarakat perlu diberi penjelasan supaya tidak termakan dengan dakyah yang disebarkan seperti ini.

    anwar terperangkap dalam kes liwat kerana tidak mengikuti nasihat bosnya supaya jangan libatkan polis dalam kes berkenaan. apabila anwar berdegil, dan pihak polis memulakan siasatan, beliau terperangkap dan terhukum berpunca dari tindakannya sendiri. sebab itulah bila najib menyaman malaysiakini, tun mahathir memberi ulasan sinis, "saya dulu kena kata macam-macam tapi saya tak saman sebab saya tak ada duit nak bayar lawyer".

    rafizi hanya menunggu masa untuk dihukum atas kes bafianya dengan kaki tangan public bank. doakanlah rafizi didapati bersalah dan dihukum hingga melenyapkan kelayakannya sebagai ahli parlimen.

    ReplyDelete
  3. Memang tajudin ni puaka lahap. Dulu dia felcra, apa benda yg dia tak sapu?

    ReplyDelete
  4. Apa yang tak kenanya kalau pun betul ? apa Anwar bersih ke ? apa Guan Eng bersih ke ? apa Nik ajis bersih ke ? - tolong namakan satu nama yang 100% bersih...

    ReplyDelete
  5. tajuddin dah memang kaya ketika melangkah kaki ke dalam polirik umno. selepas lulus dari universiti malaya pada pertengahan 70-an, beliau bekerja di syarikat multinasional sebelum menjadi usahawan. masa ramli ngah talib ketua bahagian. tajuddin pernah jadi ketua pemuda bahagian. tajuddin pernah digelar six million dollar man, tuduhan yang dinafikannya. selepas era ramli dan megat junid berakhir, barulah tajuddin dapat menjadi ketua bahagian. jika anaknya menceburi dunia perniagaan, tidak ada yang janggalnya sebab tradisi keluarganya memang berniaga. yang tak puas hati ni lebih senang melihat ekonomi dikuasai oleh mata sepet yang kafir agaknya.

    ReplyDelete
  6. Tak jejaslh sokongan melayu kpd umporno, sape kata? nk dekat PRU14 nnti naikan aje BR1M jadi RM1K pasti melayu sokong...... tak gitu yub.... mike pn nk.... teman lainlh bagi amik pangkah tak siyo teman.....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.