Monday, June 23, 2014

Terkini: Prosiding permohonan Gereja Katolik bermula




Prosiding di Mahkamah Persekutuan mengenai permohonan Gereja Katolik dibenarkan merayu atau sebaliknya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan melarang The Herald daripada menggunakan kalimah Allah, bermula sebentar tadi.

Sidang bermula sebaik sahaja semua petugas media, pemerhati dan orang awam masuk memenuhi galeri awam.


Sidang Mahkamah Persekutuan hari ini menjadi tumpuan sama ada ia akan membenarkan pendengaran rayuan Ketua Biskop Gereja Roman Katolik terhadap penggunaan kalimah Allah.

Panel yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria
menyampaian penghakimannya mulai jam 9 pagi di kompleks Istana Kehakiman di Putrajaya.

Dalam kes-kes sivil di Mahkamah Persekutuan, ia tidak didengar secara automatik tetapi kebenaran terpaksa diperolehi terlebih dahulu.

Selain Ketua Hakim Negara Tun Arifin, hakim-hakim lain akan membuat keputusan kes itu dan mereka termasuk Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum.

Hakim-hakim lain ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar, Datuk Zainun Ali dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.