Wednesday, June 4, 2014

Tiga Menteri Umno Akan Digugurkan Beri laluan Kepada MCA dan Gerakan




Rombakan Kabinet yang dinanti-nantikan pasti akan berlaku sebelum bermulanya bulan puasa, dijangka akan melihat dua menteri baharu dan menyebabkan tiga tiga menteri yang sedang berkhidmat ketika ini akan digugurkan.

Sumber Putrajaya berkata, Perdana Menteri yang kembali semula selepas kejayaan lawatan beliau ke China, sedang meneliti butiran lebih terperinci mengenai perubahan itu yang pastinya akan melibatkan Presiden MCA dan Gerakan.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan yang akan diberikan kerusi dalam Kabinet.

Dengan sambutan yang begitu baik diterima beliau sewaktu di China, dan potensi yang luas bagi perdagangan antara Malaysia dan China juga ada keperluan untuk mewujudkan perwakilan Cina dalam Kabinet.

Najib juga dijangka akan mengisikan tiga jawatan timbalan menteri 'yang masih kosong' sejak pilihan raya umum lalu.

Jawatan berkenaan adalah Kementerian Kewangan, Kementerian Pelancongan dan Jabatan Perdana Menteri.

Menurut sumber Putrajaya yang sama mencadangkan bahawa seramai tiga menteri yang sedang berkhidmat ketika ini, dua daripada mereka adalah senior, mungkin terjejas di dalam rombakan itu.

Menteri-menteri tersebut dari Umno tetapi sebarang rombakan yang melibatkan mereka tidak akan menjejaskan kuota Umno dalam Kabinet.

"Ia amat sukar untuk meramalkan PM. Beliau begitu membisu tetapi beliau mungkin ada untuk bertindak balas terhadap rasa tidak puas hati di kalangan ahli Umno mengenai beberapa menteri ini," kata sumber itu.

Najib tidak mungkin akan mengembangkan lagi jumlah kerusi Kabinet untuk menampung permintaan bagi jawatan-jawatan itu. Kabinet sekarang ini sudah mencukupi dengan 32 menteri dan 26 timbalan menteri.

Sumber Putrajaya percaya bahawa rombakan itu akan dibuat pada bulan ini untuk memberi masa kepada menteri-menteri baharu masa untuk mempelajari dan memahami tugasnya, yang biasanya selama enam bulan sebagai tempoh dijadikan penanda aras.

"Pada masa mereka memahami perkara dan perjalanan kementerian, ia sudah akan menjelang akhir tahun ini.

"Adalah lebih baik pelantikan dibuat secepat mungkin supaya Kabinet boleh diwakili kaum Cina dan semua orang boleh bergerak ke hadapan," kata seorang penasihat.

4 comments:

  1. sokong tambah / masukan mca dan gerakan dalam kabinet. Tapi jangan gugurkan menteri umno, bahkan kena tambah / masukan lagi 2 atau 3 lagi menteri baru dari umno.

    ReplyDelete
  2. Rasanya janganlah gugur kesian umno berhempas pulas memenangi calon Gerakan

    ReplyDelete
  3. JIka masih nam masukkan menteri dari rakan kongsi BN , jangan lah digugurkan menteri UMNO yang ada sebaliknya buat kek baru yang lebih besar,

    ReplyDelete
  4. GERAMnya! Asyik nak jaga hati si PENDATANG KAPIRDAJAL CINA-RASIS!

    MCacing-GerakanKAPIR adalah DALANG-DUA-MUKAplg. MERBAHAYA! Tengoklah bagaimana P. Pinang telah lama dimusnahkan utk Bumiputera Islam/Melayu dr. sebelum DAPBANGKAI lagi!

    Lihat berita terbaru di EvangeliSStar ("Nazi-Jerman-SS"), di mana MCacing siap dgn. jbtn "Syariah Law and Policy Implementation Special Task Force" (apa KEJADAHnya nak masuk campur undg-undg Syariah kat NEGARA ISLAM ni sampai ada "task-force" MCacing sendiri?!) MENGHINA JAIS kerana menyerbu upacara perkahwinan Hindu - sedgkan pengantin perempuan dlm ICnya adalalah beragama Islam (aku syak bapa Hindunya yg. masuk Islam, yg. hilang kononnya, telah diBUNUH akibat masuk Islam; lepas tu emapt anknya dibesarkan sbg. Hindu - PDRM/JAIS patut buka siasatan)?! Jadi bermakna MCACELAKA ni nak masuk campur hal Hukum ISLAM utk. umat Islam! Jadi kalau jbtn. agama pi menyerbu kuil/tokong/gereja HARAM yg. makin BERLAMBAK kat NEGARA ISLAM ni, MCacing nak masuk campur juga?!

    Inilah akibat si Islam/Melayu-LIBERAL-PENAKUT asyik tunduk pd. si KAPIRDAJAL mcm. ni! Sedangkan si Islam/Melayu LIBERAL–PENJAHANAM-agama/bangsa/negara mcm. nilah yg. menyebabkan hak, identiti dan tanah pusaka Bumiputera Islam/Melayu TERGADAI!

    Lihat di http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/06/03/MCA-on-Jais-detaining-woman-at-Hindu-wedding-ceremony/ ,Show prudence, MCA urges Jais over disruption of Hindu wedding ceremony , by p. aruna, June 3, 2014:

    PETALING JAYA: The MCA has urged to the Selangor Islamic Religious Department (Jais) to exercise prudence and uphold the Federal Constitution when carrying out its tasks.

    "Once and for all, be sensitive towards the feelings of non-Muslims by ceasing to execute raids, trespassing into non-Muslim places of worship and halting all interference on non-Muslim religious ceremonies," said Datuk Koo Chin Nam, MCA's Syariah Law and Policy Implementation Special Task Force deputy chairman, in a statement Tuesday.

    He was referring to an incident on Sunday when Jais officers detained a woman midway through her Hindu wedding ceremony in Shah Alam.

    The bride, Zarena Abdul Majid, 32, claimed that she had applied for a petition to renounce Islam as she was under-aged when her father converted her.

    She also claimed that she was a practising Hindu despite being registered at the National Registration Department as a Muslim.

    ….Koo, in his statement, pointed out that the Federal Constitution provided that Jais' authority cannot be imposed on non-Muslims.

    ……."Look at the case objectively for the good of the country, and the right of every citizen to worship based on the Federal Constitution," he said.

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.