Saturday, June 7, 2014

Tycoon Singapura Peter Lim Bakal Menguasai Sektor Keselamatan Di Wilayah Iskandar Johor


Sejak Wilayah Iskandar dilancarkan beberapa kuasa asing sudah mula mengintai peluang bagaimana untuk bertapak di bumi Malaysia.


Percaturan kuasa asing cukup jelas apabila syarikat perniagaan milik seorang jutawan Singapura Peter Lim iaitu Peter Lim's Soverus Group dan anak kepada Sultan Johor, Tunku Abdul Rahman telah bekerjasama untuk menubuhkan sebuah perniagaan keselamatan terbesar di Wilayah Iskandar Johor.



Soverus, merupakan sebuah syarikat terbesar berkaitan keselamatan di Singapura bukan sahaja mempunyai kepakaran dalam bidang keselamatan malah mempunyai peralatan canggih termasuk sistem persenjataan, perisikan, perundingan keselamatan, sistem penyelesaian, sistem keselamatan, tag keselamatan, keselamatan siber, analitik besar-data, forensik IT dan penyiasatan swasta.


Peter Lim's Soverus Group merupakan pelabur terbesar di wilayah Iskandar Johor dalam tempoh dua tahun lepas.

Rowsley Ltd, di mana keluarga diraja Johor dan Peter Lim adalah kedua-dua pemegang saham utama, sedang membangunkan RM10bil bersepadu pembangunan bercampur pada 9.23 hektar tanah utama di Johor Bahru City Centre.

Kedua-dua pihak juga pihak yang bertanggungjawab melabur sejumlah RM2 bilion bagi membangunkan pusat perubatan tercanggih yang dinamakan Thomson Iskandar.

Lain-lain pelaburan Lim di Wilayah Iskandar termasuk RM3.2bil sukan permotoran bandar Fastrack Iskandar, yang terbesar seumpamanya di Asia Tenggara.


Wilayah Iskandar meliputi kawasan seluas 2,217 km persegi, kira-kira tiga kali saiz Singapura, ia menawarkan tanah harga yang kompetitif dan infrastruktur sedia seperti utiliti kuasa, rangkaian dan perkhidmatan pengangkutan, serta telekomunikasi yang luas.

Pelabur asing terutamanya dari Singapura berebut-rebut untuk melabur dalam pembangunan di Wilayah Iskandar.

Beberapa Adun dari Johor dilihat kurang senang dengan perkembangan ini apabila ada jutawan Singapura diberi tempat mengendalikan hal keselamatan di Wilayah Iskandar.

Apatah lagi apabila pasukan kawalan keselamatan milik jutawan Singapura Peter Lim hampir menyamai satu batalion pasukan tentera, bakal berada di Wilayah Pembangunan Iskandar.

Ada juga Adun di negeri Johor berasa kurang senang kerana pentadbiran negeri Johor begitu mudah memberi peluang kepada seorang rakyat Singapura untuk ‘membantu’ Johor dalam hal ehwal keselamatan.

Amat diharapkan agar sejarah tidak berulang, lupakah kita bahawa permulaan zaman penjajahan british adalah disebabkan Sultan Kedah melantik sebuah syarikat keselamatan daripada Francis Light untuk menghalau Siam? 

Kerana tipu helah British, orang Melayu kehilangan Pulau Mutiara sehingga hari ini walaupun sudah beratus tahun. Kerana tipu helah British orang Melayu terpaksa berkongsi negara Malaysia dengan kaum-kaum lain seperti cina dan India.

Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri sewajarnya mempertimbangkan atau menghentikan kontrak ini sebelum terlambat, ramai lagi usahawan Malaysia yang berkebolehan mempunyai syarikat keselamatan jika mahu mempertahankan negara ini.

Apakah dengan memberi kontrak kepada jutawan dari Singapura akan memberi manfaat kepada rakyat Johor khususnya.

Sumber:

1. http://www.soverus.com.sg/

2. http://www.thestar.com.my/

3. http://www.straitstimes.com/

4. http://www.businesstimes.com.sg/

5. http://www.channelnewsasia.com/

8 comments:

  1. Adalah di harapkan Menteri Besar Johor dapat jelaskan perkara ini. Singapork perlu belanja besar utk keselamatan kerana pemerintah mereka menyokong Israel. Takut dengan tindakbalas militan....
    Malaysia pula negara aman..rakyat bebas bergerak tanpa halangan kerana kita tidak musuhi sesiapa...
    Banyak membantu dengan idea dan fizikal keatas negara yang sentiasa tertindas...kita sentiasa dihormati kawan dan lawan kerana ikhls dalam memberi bantuan. Oleh kerana terikut ikut takut dengan militan seperti Singapork...saya bimbang ia di salahertikan dan dilihat rapat dengan sekutu Yahudi ini dan sama sama jadi sasaran militan....Keselamatan Negeri Johor biarlah anak Johor yg jaga..cuma perlu idea dan panduan mereka yg berpengalaman terutama dari bekas Polis dan Tentera...Peralatan teknologi moden kita bole beli dan cipta sendiri....Kita bukan bodoh dan miskin sangat.

    ReplyDelete
  2. Kerajaan negeri Johor perlu menangguhkan pembentangan rang undang-undang baharu dalam si­dang Dewan Undangan Negeri (DUN), Isnin ini berhubung pemberian kuasa kepada Sultan Johor untuk terlibat dalam pentadbiran kerajaan negeri.

    ReplyDelete
  3. Nmpk tak kurang cerdik pemimpin umporno, demi ekonomi mrk lupa pentadbir singapura (PAP) abang DAP cuba nk menakluki ekonomi Johor (Melayu),,, nnti akhirnya melayu jadi kuli cina Singapura, tak mustahil mrk berpakat dgn DAP utk menumbangkan Umporno di johor...... tak kan melayu johor x nmpk semua ni..... Johor maju? sape yg maju ? Melayo o Cina o Cina Singapura ---- Lupa ke "Majulah Singapura"

    ReplyDelete
  4. Ada anak raja pun terlibat.. nk kata apa lagi.... apa pun.. org Johor tetap bangga... bila tv3 nak ulang tayang film lama yg menceritakan kehidupan org2 istana...

    ReplyDelete
  5. Bimbang bila nak masuk kawasan berkenaan dikenakan sekatan, atau hanya rakyat Singapura sahaja dibenarkan berada di tempat itu. Rakyat Johor diminta berada seketika sahaja....

    ReplyDelete


  6. Macam mana KEJADAHnya syarikat SEKURITI/KESELAMATAN asing dr. S’pura dgn. 600 pengawal mereka yg. BERSENJATA mcm. TENTERA, nak dibenarkan berfungsi kat Malaysia ni – sedangkan Singapura adalah pusat MOSSAD terbesar di Asia dan si KAPIRDAJAL PAP-DAPBANGKAI/PKRSODOM adalah ejen utama si Barat-ZIONIS (lihat di -http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, Wednesday, September 2, 2009)!

    Lihatlah bagaimana sy. Keselamatan Barat-ZIONIS, Blackwater (sekrg. dikenali sbg. Academi), yg. begitu kejam membunuh umat Islam di Iraq termasuk MELIWAT ramai tahanan Islam lelaki, adalah sebenaqnya sebahagian dr. CIA (yg. sebenaqnya dikuasai ZIONIS-Israel), lihat di - http://rt.com/usa/blackwater-cia-extension-prince-273/ , Blackwater was CIA's extension, founder Erik Prince admits, March 14, 2013!

    Ini belum lagi nak tandatangan TPPA – tapi seolah dah nak serah KESELAMATAN dan KEDAULATAN agama, bangsa dan negara pd. MUSUH ISLAM plg. Dajal, si ZIONIS-Israel kalau biaqkan sy. sekuriti asing ni di buka kat Tanah Melayu ni! Kerana si Islam/Melayu-LIBERAL lebih pentingkan kemewahan ekonomi; sampaikan agama, hak, identiti dan tanah PUSAKA BUMIPUTERA Islam/Melayu makin TERGADAI! Lihat di - http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140604/ek_02/Malaysia-ke-2-dapat-manfaat-TPPA , Malaysia ke-2 dapat manfaat TPPA.

    Sedangkan TPPA sgt. bahaya – lihat di - http://21stcenturywire.com/2014/04/08/bilderberg-2014-watch-out-for-the-red-herring-in-copenhagen/ , Bilderberg 2014: Watch Out for the Red Herring in Copenhagen By 21wire, April 8, 2014:

    One item certainly on their list will be negotiations on the EU-US Transatlantic Partnership (TP) and Free Trade ….Agreements, which the public and sleeping politicians are now waking up to. The TP is dangerous. Like its other half – the Transpacific Partnership (TPP), it gives transnational corporations and their lawyers dominion over a nation’s laws and sovereignty. TP working groups are already way ahead of any public discourse, giving the transnational corporations behind the TP a massive head start. Bilderberg’s captains of industry and political water carriers will certainly be working hard to accelerate their TP agenda during that week in Denmark…..

    Dan lihat siapa DALANG paling utama belakang TPPA – tak lain, si ZIONIS-Israel!Lihat di -
    http://www.thetruthseeker.co.uk/?p=98289 , Bilderberg Agenda Revealed: Elite Desperate to Rescue Unipolar World, By Paul Joseph Watson on May 27, 2014:

    The TTIP represents an integral component of Bilderberg’s attempt to rescue the unipolar world by creating a “world company,” initially a free trade area, which would connect the United States with Europe. Just as the European Union started as a mere free trade area and was eventually transformed into a political federation which controls upwards of 50 per cent of its member states’ laws and regulations with total contempt for national sovereignty and democracy, TTIP is designed to accomplish the same goal, only on a bigger scale.

    The deal is being spearheaded by Obama’s U.S. Trade Representative Michael Froman, a Wall Street insider and a CFR member, Bilderberg’s sister organization. Froman is simultaneously helping to build another block of this global government, the Trans-Pacific Partnership, which is a similar project involving Asian countries......

    Dan siapakah "MICHAEL FROMAN" si KAPIRDAJAL (“Obama’s U.S. Trade Representative”) ini – lihat di http://www.intrepidreport.com/archives/12495 , Ukraine and Latin America: Same neocon cabal behind political disruption, By Wayne Madsen, March 24, 2014:

    ….Update: To the list of anti-Russian cabalists, we can also add Jacob Lew, the Treasury secretary who is helping to formulate and enact U.S. sanctions against dozens of Russian officials and businessmen, and U.S. Trade Representative Michael Froman.

    Both are earnest Zionists and advocates of the return to a Cold War stance with Russia……

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  7. Tepuk Dada Tanya Selera ...... Salah Siapa?

    ReplyDelete
  8. Dah tiba masanya kita tingkatkan kesedaran org2 melayu generasi ke2 dan ke3 selepas merdeka dalam pemilikan hartanah.. jangan fikir harta pusaka yang kita akan warisi... kesedaran org melayu tentang pemilikan hartanah amat rendah. Apa yang akan kita warisi untuk anak2 kita dan generasi kita yang akan datang. Mentaliti Bangsa melayu yang akan pulang kekampung setelah bersara harus diubah. bangsa2 lain terutamanya cina berlumba2 untuk memiliki hartanah kerana mereka asalnya sehelai sepinggang datang ke Tanah melayu. Rata2 org melayu yang menyewa di bandar2 besar menyewa dengan tuan rumah yang berbangsa Cina. Oleh itu saya mohon kerajaan tingkat kan kesedaran terutamanya anak2 muda Melayu kita agar berlumba2 dalam pemilikan hartanah agar dapat meyeimbangi pola penduduk berbilang kaum terutama dibandar2 besar. Syarikat2 pembinaan sekarang lebih cenderung dalam membina hartanah yang mewah2.. yang menyebabkan golongan sederhana tidak mampu untuk memilikinya... ketidak keseimbangan ini haruslah di kawal.. tetapkan keseramataan pembangunan bersekala Mewah, sederhana dan rendah di setiap daerah.. iklankan kuota bumiputra yang masih kosong.. agar dapat diisi pada yang layak.. dan kurangkan birokrasi dalam permohonan pinjaman bank... Didik generasi muda2 melayu pentingnya menceburi bidang hartanah sebagai pelaburan masa depan yang menguntungkan.. ank2 melayu semua hayatilah lagu WARISAN... apakah nasib bangsa anak melayu kita di masa hadapan?.... sekarang dah ada ura2 sabah & Sarawak nak keluar dari Malaysia... apa nk jadi dgn Malaysia skrng ni ? sanggup gadaikan Maruah Bangsa Dan Negara untuk kepentingan politik individu... "Anwar Ibrahim has created enough trouble for the country"

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.