Tuesday, June 17, 2014

Yammy Cabar Umno Kemuka Bukti Bahawa Surat Tunjuk Sebab Telah Dihantar Kepadanya


Isu surat tunjuk sebab yang masih tidak diterima oleh Yammy Samat iaitu Ibu kepada Dyana Sofya setiusaha sulit Lim Kit Siang dan kini terus berpanjangan.

Yammy yang diberi surat itu kerana didakwa berkempen untuk calon DAP mendakwa, sehingga hari ke-13 iaitu sehari sebelum tarikh akhir surat itu sepatutnya dijawab, beliau masih belum menerimanya.

Malah, beliau mencabar Tengku Adnan untuk mengemukakan bukti bahawa beliau sudah menerima surat daripada parti itu seperti didakwa dan disiarkan media.

“Kenapa susah sangat untuk Umno nak serahkan surat tunjuk sebab itu kepada saya? Kalau betul umno hendak hantar surat itu umno boleh hantar kepada Umno negeri atau umno bahagian agar surat itu benar-benar sampai kepada saya, kata Yammy.

“Jikalau betul Umno sudah hantar surat itu, kenapa saya masih tak dapat lagi? Saya kecewa bila dikatakan seolah-olah tidak menjawab surat itu, sedangkan surat itu pun saya belum terima. 

Saya cabar Tengku Adnan untuk kemukakan bukti yang saya sudah terima surat itu,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar pada Isnin mengenai Tengku Adnan yang dipetik sebagai berkata, Umno belum menerima sebarang jawapan surat tunjuk sebab daripada Yammy.

Kata Yammy, beliau tetap menunggu surat itu kerana mahu mengetahui kandungan surat berkenaan dan seterusnya memberi penjelasan.

“Saya nak beri penjelasan kerana saya ada pendirian. Jangan hanya kata ada surat tunjuk sebab, tapi sampai sekarang saya tak terima.

“Perkara ini (isu surat tunjuk sebab) hanya mencalarkan imej saya. Saya perlu bersihkan imej saya dengan menjawab surat itu.

“Umno kena pastikan saya sudah terima surat itu sebelum nak cakap apa-apa,” katanya.

Tengku Adnan sebelum ini memaklumkan bahawa Umno sudah pun menghantar surat tunjuk sebab kepada Yammy pada 3 Jun lalu dan memberi tempoh selama 14 hari yang berakhir pada Selasa untuk menjawab surat berkenaan.

Yammy Samat yang pernah berkhidmat di pejabat umno negeri dan pernah memegang AJK Bahagian serta ketua wanita cawangan mahu umno lebih jujur dalam menyatakan pendirian mengenai dirinya.

1 comment:

  1. gendang gendut
    main wayang
    kenyang dah perut
    hati tak mau sinang.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.