Tuesday, June 3, 2014

Yammy Samat Melenting Apabila Senarai Asetnya Semasa Dalam Umno Didedah


Ibu kepada Dyana Sofya Mohd Daud, Yammy Samat, 59 akan menyaman mana-mana pihak yang cuba mengaitkan dengan perolehan aset dan kekayaan yang didakwa dimilikinya semasa beliau dalam Umno.

“Saya cabar kemukakan fakta seperti didakwa, bukan hanya membuat tuduhan di laman sosial,” kata Yammy.

Sebelum ini, laman Facebook Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad, berkongsi maklumat, mendakwa Yammy memiliki pelbagai aset dan memperoleh pinjaman kewangan daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Dalam muat naik status terbarunya, beliau mendakwa menerima semua tuduhan itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan bertindak berkongsi semua maklumat tersebut.

Maklumat mengenai Yammy yang dikongsi itu antaranya menyebut, Yammy menerima enam permit teksi di Ipoh, memiliki kawasan balak seluas 600 hektar di Kroh, memiliki rumah kedai di Pusing dan menerima rumah berkembar di Gopeng, selain memperoleh pinjaman MARA berjumlah RM750,000.

Selain itu, ibu kepada setiausaha sulit Penasihat DAP Lim Kit Siang juga didakwa mendapat permit mengimport (AP) beras Siam dan pajakan 40 hektar tanah lombong besi di Kinta.

Kos pelajaran tiga anak Yammy juga dikatakan ditanggung Yayasan Menteri Besar Perak sejak mereka berusia tujuh tahun hingga melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Ekoran itu Yammy samat membuat laporan di Balai Polis Kampung Tawas petang semalam (kelmarin).

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.