Monday, July 7, 2014

Bagi Seringgit Ambil Gambar Masuk Dalam Facebook Selesaikah Masalah Gelandangan?


Apakah hanya dengan menderma sejumlah kecil wang kemudian suruh orang ambil gambar dan upload dalam facebook mampu menyelesaikan masalah gelandangan hari ini.

Tapi itulah hakikatnya langkah yang diambil oleh YB pembangkang yang suka mengambil kesempatan dalam kekeliruan fakta yang telah disampaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan YB Tengku Adnan Tengku Mansor.

YB pembangkang tidak pernah fikirkan masa depan gelandangan ini tetapi mereka lebih suka mengambil kesempatan dalan apa saja isu agar mereka dilihat pembela rakyat.

Untuk maklumat kerajaan telah menyediakan Anjung Singgah yang terletak di Jalan Hang Lekiu Kuala Lumpur.  Premis Anjung Singgah ini telah diwujudkan oleh Yayasan Kebajikan Negara bagi menyediakan perlindungan sementara bagi golongan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.

Tujuan diujudkan anjung singgah bagi mengelakkan golongan gelandangan tidur ditempat-tempat awam disekitar pusat bandaraya agar tidak mencacatkan pemandangan bandaraya Kuala Lumpur pada waktu malam.

Dengan bajet sebanyak RM6 juta setahun Anjung Singgah menyediakan 76 katil beserta makanan percuma 3 kali sehari.

Bukan setakat itu sahaja, pusat itu juga dikatakan menyediakan kemudahan rekreasi termasuk meja snooker dan penghuninya juga dihidang makanan western seminggu sekali.

Malangnya dengan segala kemudahan yang ada, pusat tersebut hanya di huni oleh purata seorang dua gelandangan sehari. Setakat bulan Julai tahun ini hanya lebih kurang 200 gelandangan yang mendaftar dengan pusat tersebut.

Apakah kerajaan hari ini masih dilihat tidak perihatin terhadap golongan gelandangan?

5 comments:

  1. Geladangan ini gejala dalam masyarakat. Mereka mau duit dengan minta2 dan bukannya tempat berteduh atau makanan atau pakaian. Ada yang ditaja sendikit terutama mengabdikan kanak2. Meraih simpati ,dapat wang dan kumpulkan dalam suatu jangka waktu kemudian hidup bersenang lenang hingga habis duit simpanan. Bila papa kedana ulangi lakunan hidup saperti biasa.

    Terpulang kepada masyarakat setempat untuk bertindak. Mau melihat manusia berpakaian kotor berpengkalan di lorong kaki lima yang menjijikkan pandangan , Mau meyumbang tetapi tertipu sebenarnya, Mau pelancung luar memburuk2kan imej kerajaan Malaysia tidak perihatin kepada golongan oku. Atau berhenti sahaja dari menyumbang hingga geladangan ini dengan sendirinya terhapus.

    ReplyDelete
  2. mcm ni br betul mcm bagi ayam makan..bukan mcm brim...

    ReplyDelete
  3. Kipas mana tak bawa sama

    ReplyDelete
  4. Tahan semua gelandangan berumur 18-60 ...serah pada aku.Mana yg lulus ujian perubatan aku kerah mereka kerja potong sawit ..aku dah tua ni pun ambil upah potong buah.. potong rumput cat rumah ..kalau dah dasar pemalas nak buat macamana...sekarang pun ...perempuan indon tolak simen,susun batu bata....

    ReplyDelete

  5. TINDAKAN NYONYA KIPAS MATA SEPET NI BUKAN NAK MENYELESAIKAN MASAALAH.

    "INI NAK MENAMBAHKAN MASAALAH"

    SEPANJANG HAYAT AKU TAK PERNAH TENGOK DIA NI TURUN TEPI JALAN. SEKARANG DAH PANDAI PULAK ? HU HU HU. . . . .

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.