Tuesday, July 8, 2014

Bapa Belasah Anak Sampai Mati Ditahan Reman


Bapa remaja yang ditemui mati dalam biliknya selepas dipercayai dipukul lelaki terbabit ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes.

Ketua Polis daerah Alor Gajah, Superintendan Mohamad Laham berkata, Abdul Ghani Sapuan, 52 tahun, ditahan di sebuah rumah di Kampung Padang Alor Gajah kira-kira pukul 2.30 pagi.

Penahanan suspek berikutan hasil maklumat orang awam dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan.

Sementara itu, ibu mangsa, Siti Habibah Ismail yang ditemui menceritakan kejadian.

“Dia kena pukul sekejap, berhenti dan sambung lagi. Ketika itu dia masih bernafas. Tapi kemudian bila dipanggil, dia sudah tidak bernafas. Kesan pukul cuma di kepala yang dihentak di dinding,” ujar Habibah ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Melaka.

Dia turut meluahkan rasa syukur apabila dimaklumkan suaminya telah berjaya ditahan polis.

Suri rumah itu berkata, suaminya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu kerap memukul sepuluh anak mereka yang berusia empat hingga 17 tahun menggunakan tali pinggang.

Sementara itu, mangsa sebelum ini dijaga arwah ibunya, Tuminah Saroni selepas lima hari dilahirkan sebelum dibesarkan oleh adiknya, Aznizam Muhamad sehingga berusia 16 tahun di Klang.

Bagaimanapun, mangsa yang sepatutnya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia tidak bersekolah sejak tinggal bersama ibu bapanya.


0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.