Friday, July 11, 2014

Bila Khalid Sudah Hadir Dalam Majlis Umno Apa Tandanya?


Pergolakan dalaman yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang memimpin kerajaan Selangor, semakin memuncak. Desas-desus kuat bertiup kononnya Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pasti akan ditukar.

Gesaan terbuka datang daripada dua anggota Parlimen PKR mahukan Abdul Khalid berundur daripada terus menerajui Selangor ekoran kekalahan beliau dalam pemilihan ketua cabang PKR di Kuala Selangor.

Anggota Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mohd Akin dilapor berkata kekalahan Abdul Khalid membuktikan penolakan daripada akar umbi yang memberi isyarat politik supaya beliau tidak terus mengetuai pentadbiran negeri.

Anggota Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid pula meminta Abdul Khalid akur dengan desakan akar umbi demi kepentingan parti.

Mungkin 'fed up' dengan situasi ini maka Khalid Ibrahim cuba beralih angin dengan menghadiri majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri dan Perhubungan Umno negeri.

4 comments:

  1. Dah tak larat nak dengar masalah PKR then dia pi la beriadah dgn UMNO. Kurang sikit tensen agaknya

    ReplyDelete
  2. Khalid adalah insan malang yng dipermain2 partinya. Beliau sangat sayangkan Anwar Ibrahim kerana Anwar amat menjaga kehidupannya sebagai ahli perniagaan. Apatah lagi chauvinis2 sebuah parti sentiasa merapatinya dengan riang

    ReplyDelete
  3. Khalid Ibrahim boleh masuk UMNO jadi musang berjanggut atau trjojen horse.

    ReplyDelete

  4. TAPI YG NAMPAK SGT TENSION SI NUAR AL JUBURI TU.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.