Sunday, July 27, 2014

Haji Haji Mesti Ditumbangkan Demi Untuk Mencapai nafsu Anwar Ibrahim


PKR mula menyerang peribadi Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila Haji Hadi menyokong secara terbuka Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor.

Sebelum itu mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang hanya dihadiri oleh pemimpin Pas pro-Anwar seperti Mat Sabu, Datuk Mustafa Ali, naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa, ketua Pemuda Suhaizan Kaiyat, serta ahli jawatankuasa (AJK) Pusat Dr Hatta Ramli dikatakan bersetuju dengan cadangan Anwar Ibrahim melantik bininya Wan Azizah jadi menteri besar Selangor

Walaubagaimana pun wakil Pas tersebut tidak bersetuju secara langsung tetapi perlu mendapat persetujuan daripada kepimpinan tertinggi Pas pusat.

Akibat dari sokongan Haji Hadi secara terbuka kepada Khalid Ibrahim beberapa serangan terhadap Haji Haji sudah pun bermula. Kenyataan daripada Timbalan Presiden Mat Sabu yang mengatakan sokongan terbuka Presiden Parti Haji Hadi Awang bukanlah kenyataan parti juga dilihat sebagai kenyataan yang bersifar biadap.

Kenyataan Hadi juga merupakan satu tamparan hebat kepada Anwar Ibrahim kerana disangka semua pemimpin dalam pakatan akan tunduk dengan setiap kemahuannya sehingga mengheret isterinya untuk dilantik menjadi MB Selangor.

Serangan juga dibuat oleh setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail membandingkan isu Selangor dengan pergolakan jawatan menteri besar Kedah.

Kini PKR menjadikan Haji Hadi sebagai musuh no.2 selain Datuk Sri Najib, selagi Haji Hadi ada dalam Pas selagi itulah nafsu sumbang Anwar Ibrahim tidak akan tercapai.

PKR akhirnya merumuskan bahawa Hadi perlu di 'tendang' keluar daripada pakatan demi untuk mencapai matlamat Anwar Ibrahim menjadi perdana Menteri.

Bukan senang nak menendang Haji Hadi yang punya pengikut yang lebih ramai berbanding dengan pengikut Anwar Ibrahim. PKR mungkin akan menggunakan Mat Sabu untuk menjatuhkan Haji Hadi.


1 comment:

  1. dalam pakatan banyak anjing yg boleh di upah untuk menyalak bagi menendang keluar sape2 yg tak dinginkan pucuk pimpinan..takbirrrrr macai angkat taik

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.