Tuesday, July 15, 2014

Israel guna senjata haram yang mengandungi kimia serang Palestin


Berita terbaru kekejaman Israel menyerang Palestin di GAZA apabila Israel sengaja melakukan serangan udara di Gaza mensasarkan sebuah masjid, pusat penjagaan orang kurang upaya dan sebuah hospital penjagaan geriatrik, di mana sukarelawan antarabangsa telah bergegas untuk melindungi pesakit di hospital terbabit.

Serangan yang dahsyat itu turut mengakibatkan Ketua Polis Gaza, Tayseer Al-Batsh maut dan mengorbankan 18 ahli keluarganya sendiri.

Serangan udara yang dilaporkan menggunakan bahan kimia yang mengandung fosfor putih, dikenali dengan Dense Inert Metal Explosive (DIME).

Jika mengenai tubuh manusia, ia boleh membakar daging sampai ke tulang-tulangnya sekaligus.

Menurut Setiausaha Kesihatan di Gaza, “pasukan perubatan mendapati luka pada badan-badan mangsa yang terkorban dan cedera disebabkan oleh senjata kimia kimia DIME yang diharamkan. Kesan terbakar pada siling bangunan, serpihan bom yang ditinggalkan dan bahan itu yang terbakar apabila disentuh merupakan bukti tentera rejim Zionis itu menggunakan bom mengandungi bahan fosforus putih.”


“Hospital disini sesak dengan mangsa yang cedera parah dan mayat, kanak-kanak dan wanita sahaja telah merangkumi kira-kira 62 peratus daripada mangsa-mangsa yang tercedera.” katanya lagi.

Sejak awal serangan itu, sekurang-kurangnya 174 Palestin telah terbunuh dan lebih 1,090 cedera, menurut Kementerian Kesihatan di Gaza. Beribu-ribu rumah telah musnah. Beberapa warga Israel dilaporkan telah cedera tetapi tiada seorang pun yang mati akibat serangan daripada roket Hamas.

Fosforus putih merupakan bom pembakar yang diharamkan penggunaannya di kawasan penempatan awam di bawah konvensyen antarabangsa.

Pada 5 Januari lalu, tentera Israel telah mengebom wilayah Beit Lahiya di utara Genting Gaza dan dua minggu kemudian, seorang pakar senjata dari Britain, Chris Cobb-Smith telah menjalankan penyiasatan di kawasan berkenaan.

“Di kawasan ini, fosforus putih yang jatuh dari bumbung telah menyebabkan berlalu letupan di dinding dan bahan kimia itu tersebar ke seluruh kawasan rumah.

”Beberapa kebakaran yang berlaku membuktikan ada pengunaan bahan terlarang itu,” jelasnya.

Sejak akhir minggu lalu, Cobb-Smith dengan delegasi Amnesty telah melawat beberapa kawasan lain di Gaza bagi menyiasat mengenai penggunaan fosforus putih oleh tentera Israel.

Seorang mangsa yang terselamat dalam serangan bom mengandungi bahan fosforus, Abu Halima yang ditemui di Hospital Shifa, Genting Gaza berkata: ”Ia amat menyakitkan, kulit saya terbakar sehinggakan saya tidak dapat tidur siang dan malam.”

Mangsa itu turut menceritakan kulitnya yang terkena bahan itu akan keluar asap jika dibasuh atau dibalut.

Ketua pertubuhan itu, Donatella Rovera meminta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menjalankan siasatan berhubung penggunaan bahan fosforus putih oleh tentera Israel dalam serangan di Gaza, baru-baru ini.

Beliau juga menggesa PBB supaya menjalankan siasatan berhubung jenayah perang yang dilakukan oleh pihak Hamas dan tentera Israel.

Katanya, pelaksanaan genjatan senjata yang berkekalan di wilayah Palestin itu akan bergantung kepada ‘kesungguhan politik negara yang mempunyai pengaruh ke atas Israel termasuk Amerka Syarikat dan Kesatuan Eropah.

Israel setakat ini tidak menafikan bahawa tenteranya menggunakan senjata mengandungi bahan fosforus tetapi pada masa yang sama menjelaskan bahwa ia juga menggunakan senjata yang tidak diharamkan oleh konvensyen antarabangsa.

8 comments:

  1. aku klau ada chance aku nak gy war dgn geng palestin.aku dok umah je dah la malas skolah ...bebankan mak bapak plak 2. DARIHATI!!!!!

    ReplyDelete
  2. Dunia ini milik israil?

    ReplyDelete
  3. Ngapa Gaza jer? Kan Hamas tu orang Syiah? Lantak lah dia orang. Kat Tebing Barat pon Palestine jugak.

    Ngapa Hamas lawan PLO?

    ReplyDelete
  4. Amnesty-DALANG-DUA-MUKA tu dan UN yg. sudah dikuasai si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS ni (tengok berapa umat Islam yg. dilantik pegawai tertinggi UN itu - kau adapun yg. amat sedikit, yg. jenis LIBERAL-PENYANGAK!) - berpura-pura nak buat siasatan supaya Dunia Islam pun terus TERTIPU dan DIAM!

    Tengoklah si Barat-ZIONIS/Israel yg. asyik boleh menyerang/menjajah/merompak Dunia Islam yg. kaya minyak-gas dgn. membunuh/menyiksa sesuka hati umat Islam secara beramai (Genocide), termasuk kat Palestin ni, Syria, Nigeria dan Iraq, dgn. strategi mencipta pengganas 'Islam' cthnya Al-Qaeda dan Boko Haram - dan semua ni tak pula dihentam si UN-DAJAL tu! (lihat di http://www.globalresearch.ca/fighting-al-qaeda-by-supporting-al-qaeda-in-syria-the-obama-administration-is-a state-sponsor-of-terrorism/5339728, Fighting Al Qaeda by Supporting Al Qaeda in Syria: The Obama Administration is a “State Sponsor of Terrorism”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, June 19, 2013; dan di http://www.presstv.ir/detail/2014/05/14/362619/is-boko-haram-a-psyop/ , Is Boko Haram a psy-op?; By Dr. Kevin Barrett, May 14, 2014)!

    Jadi di mana pula dasar undang-undang dan falsafah “demokrasi-hak asasi KESAMAAN-KEBEBASAN" si Barat-ZIONIS, pada Dunia Islam/umatnya?! Jadi apalah yg. kita sbg. NEGARA ISLAM, takut sgt. dgn. GERTAKAN si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS termasuk bawah SENJATA mereka iaitu birokrasi UN/International Criminal Court(ICC)/international Court of Justice (ICC)?! Sepatutnya Dunia Islam kuatkan peranan,kerjasama pengaruh dan kuasa Org. of Islamic Countries (OIC) sesama negara Islam dan BERSATU di UN termasuk kuasai UN itu; utk. membela nasib Dunia Islam/umatnya , dari terus dirompak, dibunuh dan diJAJAH dlm. GENOSID yg. berterusan, oleh Barat-ZIONIS/Israel serta ejen-ejen tempatan mereka!

    Makcik Sambal Belacan.


    ReplyDelete
  5. PEMBETULAN: (perenggan pertama)

    Amnesty-DALANG-DUA-MUKA tu dan UN yg. sudah dikuasai si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS ni (tengok berapa umat Islam yg. dilantik pegawai tertinggi UN itu - kalau adapun yg. amat sedikit, yg. jenis LIBERAL-PENYANGAK!) - berpura-pura nak buat siasatan supaya Dunia Islam pun terus TERTIPU dan DIAM!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  6. Oi anon 1.20pm, HAMAS dah BERSATU dgn. PLO! Ada paham?!

    ReplyDelete
  7. Melayu perak (dibaca melayu Umporno) terkenal dgn SANTAU, ini lh masanya nk tunjuk kehebatan keme, pergi lh berjuang di Palestin keme santau semua yahudi disana baru hebat.....jgn jadi jaguh kpg ........

    ReplyDelete

  8. OI OGHANG PEGHAK. PUKIMAK PAKATAN HARAM JADAH TU MULUT MCM LONGKANG.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.