Saturday, July 26, 2014

Kelab Dangdut Terbakar Di Pekan Betong



Seorang rakyat Malaysia adalah antara mangsa letupan bom di Betong yang terletak di wilayah Yala, selatan Thailand, yang mengorbankan sekurang-kurangnya tiga orang dan mencederakan berpuluh mangsa lain.

Daripada senarai di hospital Betong, warga Malaysia itu ialah seorang pemuda berusia 28 tahun yang dikenali sebagai Jeemihan dan dipercayai berketurunan India sementara mangsa-mangsa lain adalah rakyat Thai.

Menurut pihak hospital ada 24 orang yang cedera tetapi sumber lain dan laporan media tempatan ada menyebutkan sehingga hampir 40 orang.

Menurut maklumat sumber kakitangan di Hospital Betong, empat orang yang cedera parah dan dalam keadaan kritikal dihantar menggunakan helikopter untuk menerima rawatan di Hospital Pusat Yala.

Penduduk tempatan berkata bom tersebut meletup sekitar jam 4.45 petang waktu tempatan.

Ia dipasang dalam sebuah trak pikap dan diletak serta diletupkan di hadapan Hotel Holiday Hill di pekan pelancongan Betong.

Ia merosakkan empat premis perniagaan termasuk sebuah kelab dangdut serta berpuluh buah motosikal dan kereta.

Betong pada amnya adalah bandar yang aman dan bukan sasaran serangan puak pemisah sebelum ini.

Menurut maklumat pejabat pelancongan Daerah Betong, sekitar 80 peratus daripada ribuan pelancong yang datang ke situ merupakan rakyat Malaysia yang datang untuk berhibur.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.