Friday, July 4, 2014

Kepada Yang Belum Faham Kenyataan Ku Nan Jom Baca Ini




Ku Nan dihentam begitu teruk samada di twitter, facebook dan blog tak kira oleh penyokong BN apatah lagi PR yang pandai mengambil kesempatan.

Rasanya bila Ku Nan dihentam teruk oleh penyokong PR tidak menghairankan akan tetapi penyokong BN juga terikut-ikut rentak penyokong PR dengan menghentam Ku Nan tanpa memahami maksud sebenar apa yang KuNan sampaikan. Dibawah ini kenyataan yang diambil daripada blog Ku Nan sendiri:



Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan pendirian untuk melaksanakan zon bebas gelandangan dan pengemis selepas mesyuarat bersama agensi termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Alam Flora Sdn. Bhd. dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta agensi berkaitan pada 30/6/2014. Untuk makluman, kebersihan adalah salah satu taskforceKementerian Wilayah Persekutuan dan laporan kebersihan adalah dipantau secara terus oleh Yang Berhormat Menteri sendiri.

Berdasarkan laporan oleh agensi, masalah kebersihan di Kuala Lumpur salah satu faktor yang telah menyumbang khususnya di kawasan tumpuan pelancong adalah kumpulan gelandangan. Ini kerana tabiat gelandangan yang suka membuang sampah serta tidur di tempat-tempat yang tidak sesuai di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, selain itu kumpulan pengemis pula kebanyakan meminta sedekah di hadapan kompleks perniagaan, seperti Pavillion, KLCC, tepi-tepi jalan dan sebagainya. 

Kedua-dua faktor ini bukan sahaja menyumbang kepada masalah kebersihan, malah turut menyumbang pelbagai perkara lain seperti masalah sosial, keselamatan, menjejaskan imej Kuala Lumpur dengan pandangan yang kurang elok apabila dilihat oleh pelancong.

Dalam pada itu, kajian terhadap golongan ini juga telah dilakukan secara menyeluruh dan mendapati kumpulan gelandangan ini berpunca daripada;

1. Tiada pekerjaan;
2. Miskin;
3. Masalah Mental/kemurungan,/penyakit melarat;
4. Warga asing tiada pekerjaan;
5. Ketidakupayaan mengurus diri;
6. Ditinggalkan keluarga serta penagihan dadah/arak/bekas banduan;
7. Warga Emas

Selain itu, mesyuarat juga telah mengenal pasti kawasan "hot spot" yang sentiasa menjadi tumpuan kumpulan ini antaranya;

1. Mydin Kotaraya;
2. Masjid Negara;
3. Central Market;
4. Menara Maybank;
5. Jalan Tuanku Abdul Rahman;
6. Jalan Masjid India;
7. Jalan Tiong Nam (Chow Kit);
8. Jalan Silang;
9. Masjid Jamek;
10. Bank Negara;
11. Bulatan Sultan Mohamad;
12. Dataran Merdeka.

Kesimpulannya Menteri Wilayah Persekutuan tidak membuat keputusan tanpa usul periksa dan mengenal pasti masalah sebenar sebelum cadangan zon bebas gelandangan dikemukakan. Mesyuarat juga peka dengan kewujudan 12 NGO yang aktif memberi makanan kepada golongan gelandangan ini mengikut hari dan waktu serta lokasi popular pengagihan makanan seperti:

1. Pasar Seni;
2. Dataran Kota Raya;
3. Stesen Bas Klang
4. Masjid India;
5. Masjid Negara;
6. Bangkok Bank, Jalan Tun HS Lee;
7. Kota Raya;
8. Pudu Sentral;
9. Swiss Garden Hotel, Jalan Pudu.

Bagi penyokong kerajaan, mereka melihat isu ini sebagai pengasingan antara golongan kaya dan miskin.

Sama ada kerajaan kuat kuasa atau tidak dua golongan ini tetap terasing walaupun tinggal di kawasan yang sama.

Lebih menarik, kawasan-kawasan yang terlibat adalah pusat peniagaan dan pelancongan. Bukan kawasan penempatan.

Tak wajarkah pengasingan ini berlaku utk kebaikan bersama?

Apa pun, dikalangan mereka ini akan mengedarkn makanan pada golongan-golongan ini dan mencabar kepimpinan kerajaan.

Tahniah Ku Nan kerana melaksanakan sesuatu yg dikatakan "cerdik" kerana di negara maju perkara ini sudah lama dipraktikkan.

2 comments:

  1. Nak bersihkan yang nampak sahaja.Yang tak nampak tak nak bersihkan Ku nan

    ReplyDelete
  2. Sungguh malang nasib umat Islam/Melayu kita yg. makin terpaksa jadi PENGEMIS/PELARIAN di NEGARA ISLAM kita sendiri!

    Si LIBERAL Islam/Melayu sibuk nak jadikan Malaysia ni negara maju - tapi Islam/umatnya terus diHINA/diGERTAK/diJAJAH di Tanah Melayu ni dan global - sampaikan TANAH PUSAKA termasuk Tanah Rezab Melayu terus TERGADAI termasuk kat si PENDATANG KAPIRDAJAL warga asing ! Patutlah si pengikut SYAITAN, si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS dan ejen tempatannya MELALAK dan KETAWA habis-habisan!

    Disyaki RASUAH berleluasa terlibat dlm. penjualan tanah negeri kat P.P oleh DAPBANGKAI-PENYAMUN - sekarang SEBERANG PERAI pula makin disasarkan utk. terus MENGHALAU BUMIPUTERA Islam/Melayu dari P.P pula! Sepatutnya NGO-NGO Islam/Melayu boleh membuat lapuran polis dan juga menuntut KUASA EKSEKUTIF DYMM YDPA digunakan mengikut Perkara 153 Perlembagaan utk. mengambil balik tanah-tanah negeri, dan menubuhkan serta melindungi Tanah RIZAB Melayu, dlm. melindungi Hak Istimewa Melayu/BUMIPUTERA!
    Lihat di http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2014/07/02/Eco-world-and-another-large-firm-to-build-resort-themes-park/ , Eco World to build resort theme park ,July 2, 2014:

    In May this year, Eco World president and chief executive officer Datuk Chang Khim Wah (pic) told StarBiz that the freehold land status and location near the second link and adjacent to the North-South Highway gave it great potential to be developed as a mixed-development project.

    GEORGE TOWN: Penang Development Corp (PDC) has firmed up plans to turn some 312ha near the Second Bridge in Batu Kawan into a theme park with a resort and golf course.

    Towards this end, PDC is expected to award the development of two projects to two firms that are big names in the property development sector.

    Sources said that one of them was Eco World Development Group Bhd, which is the fastest-growing name in the property sector this year because of its links to Tan Sri Liew Kee Sin, formerly of S P Setia Bhd.

    “Eco World has won the tender to develop a golf course and mixed-residential property project encompassing an area of 190ha,” said a source.

    It is learnt that PDC is in the final stages of negotiations with the group, firming up terms and conditions.

    “When PDC called for tenders, Eco World was the sole participant, bidding to pay RM35 per sq ft for the land. If the land is for commercial usage, then the bid will open at RM45 per sq ft,” a source said.

    Eco World’s parcel involves the development of a golf course and a mixed-residential scheme. “It’s not a commercial project,” a source said.

    ….Eco World already owns a 24.28ha parcel of land in Bukit Tambun, on which it plans to launch a RM920mil mixed development called EcoMeadows next year.

    If it is awarded the job to develop the 190ha land in Batu Kawan, it would pave the way for Eco World to be established as a major land owner and developer in the state.

    …..On Penang island, the group is planning to preview the RM340mil EcoTerraces in Paya Terubong, comprising luxury landed homes, condominium units and a private residents’ club on a 5.26ha site.

    Since the announcement of the second bridge in 2006, property prices in Seberang Prai and on the island have surged significantly.

    ….The attraction of Seberang Prai has also lured Mah Sing Group Bhd to acquire land-bank near the mainland where the second bridge lands.

    Last December, Mah Sing acquired a 30.9ha site in Jawi, comprising 20 pieces of prime freehold contiguous land, for RM400mil.

    According to group managing director and chief executive Tan Sri Leong Hoy Kum, the group plans to introduce an integrated township called Southbay East, which will comprise linked homes, semi-detached units and town houses.

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.