Thursday, July 10, 2014

Kerajaan Perpaduan Punca Israel Serang Habis-habisan Ke atas Palestin


Kejayaan pembentukan kerajaan perpaduan Palestin dari gabungan pergerakan Hamas dan Fatah dilihat faktor utama Israel melipatgandakan serangan di Gaza.

Pengerusi Aqsa Syarif, Professor Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor berkata, ia sekali gus menimbulkan kesulitan jangka pendek dan panjang kepada rejim Zionis itu.

"Sejak dahulu, rundingan damai antara kedua-dua pergerakan tersebut gagal kerana masing-masing enggan mengalah dalam tuntutan mereka, apabila mereka berjaya mencapat kata sepakat...Israel rasakan ini satu ancaman kepada mereka.

"Israel tahu kerajaan perpaduan ini akan menjadi pencabar dan menimbulkan banyak isu yang menyusahkan mereka," katanya 

Awal Jun lepas, pergerakan Hamas dan Fatah akhirnya membentuk kerajaan perpaduan baharu Palestin dalam satu majlis angkat sumpah di hadapan Presiden, Mahmoud Abbas selepas 10 tahun terlibat dalam pertelagahan.

Majlis ringkas yang diadakan di ibu pejabat Abbas di Tebing Barat itu, turut menyaksikan pembentukan barisan Kabinet baharu yang terdiri daripada 17 anggota dari kalangan teknokrat, diketuai Perdana Menteri, Rami Hamdallah.

Pada 2007, Hamas merampas Genting Gaza menyebabkan pergerakan Fatah pimpinan Abbas hanya mentadbir Tebing Barat.

Penubuhan kerajaan perpaduan tersebut akan menjadi langkah terbaik untuk menamatkan perpecahan politik dalam mencapai pembentukan negara Palestin di Tebing Barat, Gaza dan timur Baitulmaqdis, yang dirampas Israel pada 1967.

Pada Rabu, serangan udara Israel di selatan dan tengah Semenanjung Gaza meragut 20 lagi nyawa pada Khamis termasuk tujuh wanita dan kanak-kanak menjadikan jumlah korban sejak tiga hari lalu kepada 70 orang.

Dalam pada itu kata Dr. Hafidzi, pertarungan merebut kuasa politik di antara Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Luar Negeri Israel Avigdor Lieberman turut dilihat persaingan yang memburukkan keadaan di Gaza.

Jelasnya, Netanyahu kini dilihat cuba menjadi 'hero' di mata rakyat Israel dengan mengerahkan peningkatan serangan di Gaza.

"Masing-masing hendak buktikan tentang semangat membela dan melindungi rakyat Israel.

"Cabaran antara dua pemimpin ini disifatkan terbuka dan cubaan mengaut sokongan rakyat Israel dilihat dapat ditunjukkan dengan menyerang Gaza," ujarnya.

Dr. Hafidzi menambah, tuduhan Israel dalam kes penculikan tiga remaja di Tebing Barat dijadikan justifikasi yang memberi gambaran seolah-olah penduduk Gaza merupakan penjenayah.

"Israel menuduh dan tidak menyedari mereka sendiri telah memasukkan dalam penjara dan membunuh lebih 40,000 rakyat termasuk kanak-kanak Palestin selama ini," jelasnya.

Sementara itu, Mahmoud pada Selasa menggesa supaya serangan tersebut dihentikan dengan segera.

1 comment:

  1. Malangnya, OIC (Pertubuhan Negara-negara Islam Sedunia) sebenaqnya pun disyaki sudah dikuasai PENYAMAQ ISLAM - si ejen-ejen Barat-ZIONIS/Israel! Sebab tu, LEMAH mcm. nak MAMPOS - baik dibubarkan saja kalau OIC tu GOYANG KAKI mcm. PENAKUT - daripada terus MEMPERMAINkan ISLAM/umatnya!

    Dan si LIBERAL Islam/Melayu (terutamanya puak SODOM)–PENJILAT-si Barat/ZIONIS (dan ejen tempatan mereka dr. DAPBANGKAI/PKRSODOM) ni yg. asyik MELALAK psl. falsafah/undang-undang “demokrasi dan hak asasi KESAMAAN/KEBEBASAN" SAMPAH/PENIPU si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS kat Tanah Melayu/Dunia Islam kita – tengoklah Israel , sekutu kuat si Barat, boleh pula bunuh/penjara/rompak dan rampas tanah Bumiputera Islam Palestin dlm. GENOSID berterusan (utk. MENGURANGKAN seramai BUMIPUTERA Islam Palestin termasuk di kem-kem pelarian di Syria, Jordan, Lebanon dan Turki - dgn. meracun mereka melalui pembunuhan atau pemberian makanan/vaksin-penuh-virus-penyakit/kemandulan; termasuk bawah UN/NGO-NGO Barat yg. dikuasai ZIONIS-Israel)!

    Ini termasuk undg-undg militari serupa Guatanamo, di mana beribu kanak-kanak BUMIPUTERA Islam Palestin setiap tahun di penjara oleh mahkamah TENTERA Israel dgn. sesuka hati; begitu juga yg. dewasa di bawah "Administrative Detention"; adakah mereka dikutuk si Barat/UN ( UN pun dikuasai si Barat-ZIONIS - lihat di http://rt.com/news/158556-israel-palestinian-children-confinement/ , 'Blindfolded & bound': Israel puts more Palestinian kids in solitary confinement, May 13, 2014; dan di - http://electronicintifada.net/blogs/shahd-abusalama/administrative-detainees-hunger-strike-issue-their-will-they-stand-edge-death , Administrative detainees on hunger strike issue their will as they stand "at the edge of death", By Shahd Abusalama on 06/11/2014)!

    Tapi yg. herannya si KAPIRDAJAL dari UN, apahal dibiaqkan MENYIBUK masuk campur kat NEGARA ISLAM kita ini termasuk dlmn. PEMBANGUNAN negara – dan memaksa kita menggalakkan industri ‘mega’ (sebenaqnya disyaki nak menggalakkan kita masuk TPPA Barat-ZIONIS-JAHANAMlah lah tu dan pelaburan multinasional asing yg. terus MENGGADAIkan HAK dan TANAH PUSAKA Bumiputera Islam/Melayu kat NEGARA ISLAM ini) – lihat di http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140703/ek_01/Malaysia-perlu-banyak-projek-mega , Malaysia perlu banyak projek mega)!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.