Thursday, July 24, 2014

Khalid Cabar Adun PKR Bawa Usul Tidak Percaya Kalau Berani


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pakatan supaya mengemukakan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (Dun) jika mahu beliau berundur.

"Memang boleh, saya rasa dalam tatacara pengendalian dewan, parti atau Adun secara berkumpulan boleh meminta Speaker untuk bawa apa yang dipanggil usul ke dalam Dewan," kata Khalid

Khalid sudah menyatakan secara terbuka tidak akan berundur, malah memberi amaran Pakatan Rakyat (PR) akan hilang negeri terkaya tersebut.

Untuk rekod, PAS dan DAP memiliki kerusi lebih banyak berbanding PKR. Tetapi Pas lebih takutkan Anwar Ibrahim kerana ramai pemimpin Pas telah menjadi agen Anwar.

Anwar Ibrahim juga sudah mengumumkan bahawa bininya Wan Azizah Wan Ismail dilantik menjadi menteri besar bagi menggantikan Khalid.

Pas dikatakan tidak pernah bersetuju dengan lantikan itu justeru itu PAS akan bermesyuarat selepas Aidiltitri yang dijangka minggu depan manakala DAP belum memaklumkan tarikhnya.

3 comments:

  1. Itu baru Selangor.....Kalau Malaysia bagaimana pula? ......ranap

    ReplyDelete
  2. Pas Parti low Class... Barua Dapig

    ReplyDelete
  3. This time PAS stand tall against DAP who is angry at MB & Sultan, also against PKR who is angry at MB who didn't approve PKR's Tropicana rental be paid by Selangor govt and low compensation of a water deal to a crony company. Syabas PAS!.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.