Monday, July 7, 2014

Khalid Ibrahim Pasti Akan Meletakkan Jawatan Ekoran Tekanan Bertali Arus Daripada Pemimpin PKR



Khalid Ibrahim dikatakan bakal melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dalam satu perbincangan di antara kepimpinan tertinggi PKR, DAP dan PAS negeri.

Menurut info nama pengganti Abdul Khalid masih dirahsiakan dan perjumpaan dengan pihak istana tidak akan dibuat pada Isnin.

"Perbincangan sedang dibuat sekarang. Tiada sebarang pengumuman dijangka dibuat hari ini. Khalid sah ditukar," jelas sumber itu.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus menerima tekanan bertali arus daripada dalam PKR sendiri supaya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Politik PKR kini terlalu terdesak bagi memastikan Khalid sudah tidak ada dalam kerajaan Selangor apabila menyebarkan maklumat bahawa Khalid akan mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyerahkan surat perletakkan jawatannya.



Mesej yang disebarkan kepada pihak media sejak tengah malam Ahad.

Mesej ini tersebar secara meluas sejak tengah malam Ahad termasuk oleh anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor yang mendakwa kononnya menerima maklumat daripada wakil media mengenai hasrat Abdul Khalid itu.


Turut dimuatkan dalam mesej itu ialah kononnya Abdul Khalid akan mengadap Sultan Selangor pada pukul 9 pagi, Isnin dan sidang media mengenainya akan diadakan selepas itu.

Bagaimanapun Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor menafikan maklumat berkenaan.

Sejak beberapa bulan lalu Abdul Khalid menerima tekanan yang begitu berat termasuk daripada pemimpin kanan PKR sendiri supaya beliau melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Hasrat 'langkah Kajang' yang dilihat gagal menjatuhkan Khalid sebelum ini kembali berlaku dalam PKR terutama selepas beliau gagal mempertahankan kerusi Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dalam pemilihan parti baru-baru ini.

Kajang Move hanya untuk menyingkirkan Khalid sahaja

1 comment:

  1. Mereka ini memang semuanya jenis penyamun mahu merebut jawatan untuk terus melanun , tak boleh nak salahkan puak-puak ni yang salah dan bangang adalah pihak yang mengundi dan memilih mereka untuk perintah dan melanun di negeri selangor.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.