Tuesday, July 15, 2014

Kilang Roti Sunshine Di Ipoh Jijik Dan Kotor Terbongkar


Keadaan persekitaran kilang roti jenama Sunshine di Jln Kuala Kangsar Ipoh

Jika anda pembeli tegar roti jenama sunshine sila baca entri ini sehingga tamat kerana selama ini kemungkinan anda menikmati kesedapan roti yang mempunyai persekitaran kilangnya terlalu kotor dan jijik.

Kilang Roti Sunshine ini terletak di Jalan Kuala Kangsar Ipoh Perak ini sudah lebih 20 tahun.

Bukan sahaja sijil halalnya palsu atau tidak diperakui oleh JAKIM malah, proses pembuatan roti Sunshine ini juga tidak mematuhi standard atau piawaian kebersihan yang ditetapkan dan itu sangat menjijikkan. 

Di laman sosial, kini tersebar foto proses pembuatan roti jenama Sunshine yang meloyakan. Daripada beberapa keping gambar yang tersebar, ternyata kebersihan tidak dititik beratkan langsung dalam kilang roti  tersebut.

Berdasarkan maklumat terkini JAKIM, kilang roti itu juga tidak mempunyai sijil halal yang sah. Susulan itu, kilang roti Sunshine telah pun diarah untuk menghentikan operasi berkuat kuasa serta merta.


 

 




0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.