Monday, July 7, 2014

Kumpulan Aktivis Lesbian Dalam MPKN Mahu Kekalkan Klausa LGBT Dalam Draf RUU


Kumpulan aktivis 
lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) mahu Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MPKN) kekalkan klausa yang melindungi hak mereka untuk menjalankan aktiviti LGBT dalam Akta Keharmonian Nasional.

Aktivis LGBT itu berkata tiada pihak yang berhak menolak penglibatan mereka walaupun mereka merupakan golongan minoriti.

Aktivis LGBT Angela M Kuga Thas berkata, MPKN seharusnya bertanggungjawab meletakkan draf terbaik akta berkenaan yang menawarkan perlindungan kepada semua bagi melindungi keharmonian negara tanpa memberi kesan kepada keselamatan LGBT.

Beliau berkata, MPKN tidak perlu membuang masa mendengar pendapat pihak yang membantah dengan desakan mengeluarkan peruntukan tersebut yang melindungi hak seksual komuniti minoriti seperti kami.

Peruntukan 7(1)(ii) daripada akta yang dicadangkan menyatakan kerajaan dan semua pihak tidak seharusnya melayan dan mendiskriminasi mana-mana individu secara seksual, termasuk orientasi seksual dan identiti.

Kumpulan LGBT berkata demikian apabila ada desakan daripada NGO Islam agar draf 
Akta Keharmonian Nasional bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 telah dimasukkan klausa hak golongan LGBT yang menyalahi dalam semua Agama.

Sebelum itu Timbalan Presiden ISMA Tuan Haji Aminuddin Yahaya mahu kerajaan agar menolak tiga draf awal rang undang-undang baharu yang sedang diteliti Pejabat Peguam Negara kerana didakwa bakal menggugat hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan agama Islam dan kuasa Raja-Raja Melayu.

“Pembuatan rang undang-undang yang tidak mengikut saluran sewajarnya ini menggambarkan sesuatu niat jahat yang cuba diselindungi oleh pihak tertentu.

“Justeru, ISMA mengutuk keras pihak terbabit yang sengaja mahu mencabar kedaulatan perlembagaan,” katanya.

Tambah beliau, ISMA menuntut pihak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mereka di samping mengajak seluruh umat Islam baik individu, NGO serta parti-parti politik untuk bersama-sama menolak cadangan ini.

Jika tiada tindakan tegas dari pihak kerajaan, ISMA akan melancarkan kempen besar-besaran di seluruh negara untuk rakyat bangun menentang pembentangannya di Parlimen kelak.

Rang undang-undang yang sedang dirangka itu adalah Rang Undang-undang Jenayah Kebencian (Hate Crime) Kaum dan Agama, Rang Undang-undang Harmoni dan Rekonsiliasi serta Rang Undang-undang Suruhanjaya Harmoni dan Rekonsiliasi.

Tiga draf rang undang-undang tersebut tidak lebih daripada jelmaan apa yang dituntut oleh IFC satu ketika dahulu.

“Tidak puas hati dengan perjuangan dulu, mereka membentuk COMANGO dan kini mereka lebih berani lagi untuk terus menjadikannya undang-undang,” katanya.

Dalam masa yang sama beliau berkata, ISMA kecewa dengan sikap Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MPKN).

Seharusnya badan itu memupuk keharmonian antara agama tetapi kini menjadi alat yang dipermainkan oleh golongan ‘chauvinis’ ini.

Jadi ISMA juga mendesak kerajaan untuk membubarkan MKPN kerana peranannya yang sudah jauh tersasar.

2 comments:

  1. Saya amat setuju MKPN dihapuskan terus. Tak payahlah ada satu badan yang nak kaji tentang hak asasi or apa saja di negara ini. Akta Hasutan sudah cukup bagus dan tak perlu dikorbankan lagi sebagaimana kita telah korbankan ISA dulu.

    ReplyDelete
  2. KURANG AJARnya puak BINATANG BUAS-SODOM ni! Dahlah MENGHINA Malaysia ini sbg. NEGARA ISLAM serta umatnya, juga MENGHINA Kesultanan ISLAM/Melayu serta DYMM YDPA sbg. KETUA ISLAM NEGARA, mengikut PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN!

    Esok, bakal puak SODOM minta mcm. kat Jerma/Barat pula, di mana MEROGOL HAIWAN utk. MEMUASKAN nafsu seks-BUAS si puak SODOM-SYAITAN (termasuk ’zoo‘ khas utk. rogol segala mcm. haiwan) adalah sah dlm. undg-undg Jerman - lihat akhbar (anti-Islam) di - http://www.dailymail.co.uk/news/article-2352779/Bestiality-brothels-spreading-Germany-campaigner-claims-abusers-sex-animals-lifestyle-choice.html? Dan PORNOGRAFI pula bebas beroperasi di siaran TV biasa di Jerman!

    Ya, inilah undang-undang dan falsafah “demokrasi-hak asasi KESAMAAN-KEBEBASAN" si Barat-ZIONIS-KEPARAT!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Kesultanan Melayu (yg. berjuang demi ISLAM/umatnya yg. miskin-tertindas), Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat ISLAM, dan bangsa dan hak Bumiputera (BUMIPUTERA juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples).

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.