Tuesday, July 8, 2014

Luahan hati Ibu remaja yang dibelasah bapa sampai mati hanya mahu mencari sesuap nasi untuk adik-adiknya


“Biarlah dia menerima hukuman berat sebagai pengajaran kepadanya. Oleh itu, saya bersyukur dia ditahan dan mahu dia memikul tanggungjawab atas apa yang dilakukan terhadap anak kami,”Begitu kata Siti Habibah Ismail, 38, ibu kepada Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, selepas mengetahui suaminya berusia 52 tahun itu ditahan polis di Kampung Padang, jam 2.30 pagi semalam.

Dalam kejadian di Kampung Jawa, Alor Gajah, Sabtu lalu, Hafiz mati dibelasah bapanya dengan kayu kerana menyuara hasrat mahu bekerja bagi membantu keluarga selepas melihat sembilan adik-beradiknya berbuka puasa hanya dengan semangkuk bubur, pisang goreng dan air kosong.Ibu kepada 10 cahaya mata itu berkata, dia tidak menyangka Hafiz yang baru tinggal bersama mereka tahun lalu meninggal dunia akibat perbuatan suaminya sendiri.

“Saya cuba membantu dia, tetapi tidak berdaya kerana suami memberi amaran supaya tidak menyentuh Hafiz. Saya tidak sampai hati melihatnya dipukul lalu saya masuk ke dapur dan hanya mampu menangis.

"Saya tidak tahu apa salah arwah kerana suami sering mencari salah dan memarahinya hanya disebabkan perkara kecil, malah suami menuduh saya menyayangi arwah lebih daripada anak lain sedangkan sebagai ibu, sayang saya kepada semua anak sama," katanya ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Melaka

"Suami memang mempunyai sikap baran, tetapi saya tidak sangka selepas Hafiz memaklumkan sendiri hasrat itu, suami naik berang dan bertindak memukulnya sehingga meninggal dunia""Malah, suami bersikap lepas tangan tidak mahu mendaftarkan kelahiran sembilan anak kami" katanya lagi.

2 comments:

  1. Nah, mana PEMIMPIN ISLAM/Melayu LIBERAL?! Asyik nak jadikan negara ni negara maju ala Barat-ZIONIS sedangkan masih ramai BUMIPUTERA Islam/Melayu yg. miskin dan makin miskin serta tertindas oleh si PENDATANG KAPIRDAJAL! Sampai IC pun tak dak dan tak ke sekolah pula tu!

    Tengoklah betapa si KAPIRDAJAL sentiasa dijaga hati dan kehendak mereka tetapi lihat penderitaan penduduk kpg. ISLAM/Melayu ini cthnya di Kpg. Selamat di Seberang Perai – dgn. adanya 78 LADANG BABI kat kpg tu! Mcmmana umat Islam boleh di HINA dan diTINDAS sampai mcm. ni sekali di NEGARA ISLAM pusaka nenek moyang kita ini?! Dahlah tu, bayaran denda lebih kurang hanya $200 utk. pencemaran SISA BABI, yg. MENGANCAM nyawa penduduk kpg. tersebut –memang kpg-kpg Islam/Melayu SEBERANG PERAI dll serta BUMIPUTERA Islam/Melayunya, makin disasarkan utk. terus diHALAU/diHAPUSkan dari P.Pinang/Tanah Melayu pula oleh si rejim-rejim PENGGANAS MUSUH ISLAM DAPBANGKAI/PKRSODOM!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Kesultanan Melayu (yg. berjuang demi ISLAM/umatnya yg. miskin-tertindas), Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat ISLAM, dan bangsa dan hak Bumiputera (BUMIPUTERA juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples).

    ReplyDelete
  2. Mana pemimpin kerajaan?

    Kenapa biarkan orang seperti ini terus miskin?

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.