Wednesday, July 16, 2014

Mengibarkan Bendera Palestin Merupakan Satu Jenayah Di Republik Singapura



Kibar sahaja bendera Palestin anda dianggap melakukan satu jenayah dan akan ditahan serta dikenakan denda atau menanti hukuman mahkamah iaitu 
S$500 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya.

Kerajaan Singapura begitu 'fobia' dengan bendera Palestin mana-mana rakyatnya yang mengibarkannya pasti pihak polis Singapura akan hadir dihadapan rumah dalam masa yang singkat.

Rakyat Singapura yang menyokong perjuangan rakyat Palestin mempersoalkan kenapa pihak polis cepat bertindak dalam kes bendera Palestin itu tetapi bersikap seperti pejam sebelah mata kepada warga asing yang mengibarkan bendera China atau Filipina di republik itu.






"Apa salahnya gantung bendera Palestin? Mereka hanya hendak berdoa untuk Gaza," tulis Jason Teo di laman Facebook Outstanding SG.

Laman Facebook itu memuatnaik foto bendera Palestin yang dikibarkan di luar sebuah flat di republik itu.

Laman web berita Channel News Asia melaporkan kejadian berlaku pada pagi Isnin di Tingkat 11, Blok 54, Sims Drive. Sejak foto berkenaan dipaparkan di Facebook pada Isnin malam, ia dikongsikan oleh lebih 900 pengguna jaringan media sosial itu.

Seorang lagi pengguna Facebook, Fizzy Lumpkins menulis komen ini: "Kelakar, kita tak nampak respons yang sama apabila bendera PRC (China) atau Pinoy (Filipina) digantung."

Seorang lagi yang menggunakan nama Chapiik Serizawa mempersoalkan kenapa menggantung bendera Palestin sebagai bantahan terhadap apa yang dilakukan oleh Israel di bumi Palestin itu salah.

"Kalau kerajaan tidak buat apa-apa kerana Singapura pro-Israel, benarkan kami membantah kerana kami manusia. Kami ada perasaan dan kemanusiaan. Kami bukan budak-budak. Kami dewasa dan matang untuk membezakan yang betul dan yang salah."

Reaksi sama yang mempertikaikan 'nasihat polis' itu juga dilihat di Twitter.

Perbualan mengenai bendera Palestin yang diturunkan itu menyusul perbualan sama mengenai pendirian Singapura terhadap kekejaman Israel di Gaza selepas republik itu dalam kenyataannya minggu lalu menyuarakan meminta pejuang Palestin menghentikan serangan roket ke atas Israel.

Laman web akhbar Today melaporkan lelaki berkenaan menurunkan bendera Palestin itu "selepas dinasihatkan oleh polis". Bendera itu sempat berkibar selama lebih kurang dua jam, lapor laman web itu lagi. "Bendera itu diturunkan secara sukarela. Polis sedang menyiasat perkara ini," kata jurucakap polis seperti dipetik oleh Today.


Lelaki berkenaan Gulam Yusuf turut memuatnaik foto kunjungan polis ke kediamannya bersama tiga foto lain yang menunjukkan bendera berkenaan di laman Facebook.

Dalam kenyataan ringkasnya di Facebook, Gulam kesal kerana polis boleh membenarkan perhimpunan pendukung hubungan seks sejenis tetapi mengambil tindakan terhadap tindakannya yang cuba mencetuskan kesedaran umum tentang pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku di Gaza.




Gulam merujuk kepada rapat umum mendukung hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) yang diadakan di Singapura sehari sebelum puasa Ramadan pada 28 Jun lepas.

Gulam memberitahu dia ditanya oleh polis tentang latar belakang kaum dan agamanya serta kunjungannya ke beberapa negara di Asia Barat. Gulam berkunjung ke Israel tujuh bulan lalu.

Sejak kebelakangan ini Singapura begitu tegas dalam larangan mengibarkan bendera Palstin di negara itu. Singapura merupakan rakan dagang terbesar dengan Israel sehingga Israel menubuhkan pengkalan tenteranya di Singapura bagi menjaga kepentingan mereka di Singapura.

Baca seterusnya disini

3 comments:

  1. Israel Asia....

    ReplyDelete
  2. Allah membalas dengan setimpal apa yg mereka perbuat.
    PAP = DAP kita mau ingat.

    ReplyDelete
  3. Tapi malangnya si pemimpin Islam/Melayu-LIBERAL lebih pentingkan kemewahan ekonomi; sampaikan agama, hak, identiti, keselamatan dan tanah PUSAKA BUMIPUTERA Islam/Melayu makin TERGADAI kat si MUSUH ISLAM termasuk rejim Cina RASIS-KEPARAT S'pura ni dan penaja mereka dari Barat-ZIONIS/Israel!

    Termasuk Tanah Melayu ISLAM kita ni yg. dah sekian lama jadi pusat penternakan BABI yg. MENINGKAT, utk. si KAPIRDAJAL S'pura! Lihatlah penderitaan penduduk kpg. ISLAM/Melayu ini cthnya di Kpg. Selamat di Seberang Perai – dgn. adanya 78 LADANG BABI kat kpg tu! Mcmmana umat Islam boleh di HINA dan diTINDAS sampai mcm. ni sekali di NEGARA ISLAM pusaka nenek moyang kita ini?! Dahlah tu, bayaran denda lebih kurang hanya $200 utk. pencemaran SISA BABI, yg. MENGANCAM nyawa penduduk kpg. tersebut –memang kpg-kpg Islam/Melayu SEBERANG PERAI dll serta BUMIPUTERA Islam/Melayunya, makin disasarkan utk. terus diHALAU/diHAPUSkan dari P.Pinang/Tanah Melayu pula oleh si rejim-rejim PENGGANAS MUSUH ISLAM PAP-DAPBANGKAI/PKRSODOM!

    Dan BERSORAKlah "JUAL, JUAL"lah terus pd. si KAPIRDAJAL S'pura ni, oleh pemimipin Islam/Melayu-LIBERAL-PENGKHIANAT , Tanah Melayu, PUSAKA nenek moyang kita dr. sebelum dijajah si PENGGANAS KAPIR LAKNAT British/Kristian-ZIONIS dan mana-mana puak PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL yg. asalnya dibawa si PENJAJAH buas tu!!

    Dan sebenaqnya, Sabah-Sarawak juga makin disasarkan PENGGANAS Kristian terutamanya dari DAPBANGKAI/PKRSODOM, untuk diKRISTIANkan dan diPISAHkan dari Malaysia kita ini supaya dapat disatukan dgn. Singapura! Dan S’pura yg. pusat Mossad ini baru beli punya banyak kereta kebal dari ZIONIS/Israel-JAHANAM tu (nak lawan siapa sebenaqnya S’pura ni?!) – lihat di di http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009; dan di http://penembak-tepat.blogspot.com/2014/07/the-chulan-50-kereta-kebal-merkava.html , The Chulan: 50 Kereta Kebal 'Merkava' Israel Dibeli Singapura ???

    Puak PENGGANAS Kristian ni juga sekrg. makin galak membangkitkan perjanjian tahun 1963 (yg. tidak lansung MENGGUGAT Perlembagaan asal Negara) utk. MENGHASUT Bumiputera Bukan Islam di Sabah/S’wak utk. membenci ISLAM/umatnya dan asyik berlagak seolah Sabah/S'wak si Kristian punya dan seolah mereka MAJORITI - dan disyaki inilah punca utama mereka mempolitikkan dgn. amat DAJAL, penggĂșnaan KALIMAH ALLAH suci kita. Lihat di http://www.melanaublogger.com/2014/06/masa-depan-malaysia-ditangan-mereka-ini.html , Masa depan Malaysia ditangan mereka ini?, Posted by MELANAU BLOGGER; dan di - http://www.melanaublogger.com/2014/06/disebalik-sarawak-for-sarawakians.html, Disebalik "Sarawak for Sarawakians", Posted by MELANAU BLOGGER) - dan mahu PENJAJAH British-ZIONIS masuk campur! Maka KDN juga patut masuk campur kerana ini juga berkaitan Keselamatan Negara!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.