Sunday, July 13, 2014

Resort Pulau Mabul Diserang Seorang Anggota Polis Terbunuh dan Seorang Lagi Diculik


Seorang anggota polis marin terbunuh, manakala seorang lagi hilang dipercayai diculik oleh sekumpulan pengganas yang menyerang hendap sebuah resort di Pulau Mabul, malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.10 malam itu, sekumpulan lapan lelaki berpakaian gelap serta bertopeng, dikatakan naik ke jeti resort berkenaan sebelum melepaskan tembakan rambang.

Difahamkan, ketika kejadian dua anggota polis terbabit sedang makan menyebabkan mereka tidak sempat mencari perlindungan walaupun dapat membalas tembakan. 


Anggota polis yang terkorban ialah Koperal Ab Rajah Jamuan manakala anggota yang hilang ialah Konstabel Zakia Alip.

Menurut sumber, sebuah bot ronda polis marin yang cuba memberi bantuan turut diserang, namun anggota terbabit dapat berlindung daripada tembakan.

Pasukan keselamatan sedang menjalankan gerakan besar-besaran bagi mengesan kumpulan bersenjata terbabit di sekitar perairan Semporna hingga ke sempadan selatan Filipina," katanya

Difahamkan, tiada pelancong resort berkenaan mengalami kecederaan kerana ketika kejadian kebanyakan mereka berada dalam bilik penginapan masing-masing.

1 comment:

  1. Benarkah ATLM di Sabah tak dibenarkan menembak penceroboh - apa hal ni?! Patutlah bermacam puak PENGGANAS tajaan Barat-ZIONIS dan ejen mereka dari DAPBANGKAI/PKRSODOM BERMAHARAJALELA!

    SEDIH betul dgn. KEKEJAMAN pd. PERWIRA-PERWIRA malang kita ini termasuk Allahyarham Kop. Ab Rajah - Kem. Pertahanan mesti bantu SEPENUHnya keluarga mereka hingga anak-anak mereka besar dan cuba membebaskan Konstabel Zakia - tapi tak perlulah minta bantuan Barat (yg. dikuasai si ZIONIS); yg. aku syak memang belakang puak PENGGANAS/GENG KONGSI GELAP, melalui ejen Barat-ZIONIS ini dari si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM. Yg. bertujuan utk. menghuru-harakan NEGARA ISLAM kita ini serta menakutkan umat Islam/Melayu terutamanya, yg. adalah majoriti mangsa jenayah termasuk kemalangan jlnraya oleh lori/bas/kereta-BUAS!

    Sepatutnya Dunia Islam kuatkan peranan, pengaruh, kerjasama dan kuasa Org. of Islamic Countries (OIC) sesama negara Islam dan BERSATU, juga di UN; utk. membela nasib Dunia Islam/umatnya , dari terus dirompak, dibunuh dan diJAJAH dlm. GENOSID yg. berterusan, oleh Barat-ZIONIS/Israel serta ejen-ejen tempatan mereka!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Kesultanan Melayu (yg. berjuang demi ISLAM/umatnya yg. miskin-tertindas), Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat ISLAM, dan bangsa dan hak Bumiputera (BUMIPUTERA juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples).

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.