Wednesday, July 30, 2014

Sekali Lagi Pas Dihina Seperti Pecacai Angkat Najis


Nampaknya berpuluh-puluh serangan telah dibuat ke atas parti Islam Malaysia(PAS) ekorang sokongan terbuka Presiden Pas Datuk Seri Haji Hadi Awang terhadap menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sokongan itu merupakan tamparan yang yang cukup hebat terhadap Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya yang sudah berangan-angan untuk menakluki Putrajaya.

Sebelum ini Rafizi Ramli, peguam Anwar Ibrahim Lateefa Koya mengutuk tindakan Haji Hadi Awang dan Pas memberi sokongan terbuka terhadap menteri besar Selangor Khalid Ibrahim.

Kini Setiausaha DAP Loke Siew Fook mengutuk sekeras-kerasnya tindakan PAS Pusat mengambil pendirian untuk keluar daripada pakatan.

Loke berkata pemimpin PAS Pusat adalah sangat tidak bertanggungjawab dan ada unsur membelot kepercayaan rakyat yang memberikan mandat kepada pakatan untuk mentadbir Selangor.

Cadangan yang dilontarkan oleh pimpinan PAS adalah satu pengkhianatan, bukan sahaja kepada PKR dan DAP.

Inilah mesej yang mendatangkan kemarahan yang amat sangat kepada seluruh pemimpin cina DAP

Dia merujuk kepada mesej Zuhdi dalam kumpulan 'Whatsapp AJK PAS Pusat' yang berbunyi: “Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi + TSKI + seorang lagi Adun PKR + 12 Umno, dah bentuk simple majoriti. Umno dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB. Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini.”

Mesej ini telah dihantar kepada semua pemimpin kanan Pas tetapi malangnya telah didedahkan kepada umum oleh pemimpin Pas yang pro -Anwar Ibrahim.

Beranikah Pas melaksanakan agenda ini untuk kepentingan Islam dan Melayu di negeri Selangor.


Apakah Pas mahu Islam dihina sebegini oleh kafir laknatullah?

2 comments:

  1. Selangor yang kaya (atas usha Khalid) telah menyebabkan melelehnya air lior beberapa orang politik . Selagi Khalid tidak dijatuhkan selama itu wang itu terkunci dalam peti besi. Sebelum air lior itu jadi basi maka sesuatu harus dibuat........juga kalau nak mendapatkan ramai penyokong tentu perlu duit banyak .....baik macam mana pun Khalid tetap akan ditumbangkan.....politik....

    ReplyDelete
  2. Big boss telah berdehem... Jom pergi berdemo berguling atas Jalan... Ada ber....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.