Tuesday, July 15, 2014

Suka Atau Tidak Azmin Akan Dilantik Sebagai MB Selangor Selepas Raya




Suka atau tidak Tan Sri Khalid Ibrahim wajar letak jawatan untuk memberi peluang kepada Azmin Ali menerajui Selangor. 

PKR dilihat sudah mendekati untuk melantik Azmin Ali sebagai Menteri Besar yang baharu selepas hari raya nanti, menggantikan tempat Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah menerima tekanan untuk melepaskan kedudukannya.

Anwar Ibrahim juga dilihat kurang selesa dengan Azmin Ali dan lebih suka Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor tetapi memandangkan sokongan dipihak Azmin terlalu kuat menjadikan Anwar Ibrahim seolah-olah tiada pilihan selain mengikut sahaja kehendak Azmin.

Peralihan kuasa kerusi menteri besar itu akan dilakukan selepas Hari Raya nanti.

Difahamkan Azmin kini mendapat sokongan padu daripada pemimpin  PAS pro-Anwar Ibrahim. DAP dan PAS mengikut sahaja apa yang diputuskan oleh pkr walaupun mereka sendiri tidak suka dengan pelantikan Azmin sebagai Menteri Besar.

Sumber mendakwa bahawa pihak istana tidak mempunyai isu untuk menggantikan Khalid, 'selagi ia dilakukan mengikut perundangan negeri'.

Beberapa pemimpin Pas juga dikatakan memihak kepada Khalid, termasuk Pesuruhjaya PAS dan Exco negeri Selangor, Iskandar Samad, yang telah dinamakan sebagai pengganti untuk Khalid.

Exco PAS negeri, Dr Halimah Ali, Sallehen Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi, juga mempertahankan Khalid.

DAP, ketika dihubungi, berkata satu perjanjian yang telah dibuat untuk menggantikan Khalid dengan Azmin telah tersebar.

Khalid telah berada di bawah tekanan untuk melepaskan jawatannya daripada rakan-rakan partinya berikutan beberapa kritikan yang dilemparkan berhubung cara beliau mengendalikan pelbagai isu di negeri ini dengan 'menendang' keluar Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah PKNS.

3 comments:

  1. Goodbye Selangor.........Hello Kedah!

    ReplyDelete
  2. Inilah Kajang Pak Malau kajng merempat.

    ReplyDelete
  3. Manusia moral begini pon layak jadi MB......bagosss!!! Semakin 'makmur' dan bertambah diberkati laa negeri Selangor....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.