Tuesday, July 8, 2014

Umie Aida Hampir Jadi Mangsa YSLM Di Pulau Pinang


'Isu Orang Terkaya Dunia' semakin hangat kerana perniagaan yang menipu cara moden ini telah diharamkan oleh kerajaan China tetapi mereka berjaya bertapak di Pulau Pinang kerana kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng membenarkannya.

Masihkan kita ingat dengan papan iklan terbesar di Pulau Pinang bertajuk ‘Bakal Orang Terkaya Di Dunia - En Zhang Jian’.

Rupa-rupanya, syarikat jualan langsung yang dinamakan YSLM itu pernah menawarkan pelakon dan penyanyi, Datin Umie Aida untuk menjalinkan kerjasama dengan mereka bagi tujuan aktiviti amal dan kebajikan demi untuk menarik minat orang ramai melabur kedalam syarikat mereka.

Syarikat tersebut turut memberikannya hadiah wang tunai sebanyak RM80,000, namun Umie Aida mengambil keputusan untuk memulangkannya pada keesokan harinya.

“Pada awalnya, saya bersetuju tetapi atas sebab-sebab tertentu saya terpaksa membatalkan niat untuk menjadi artis naungan syarikat tersebut.

“Oleh yang demikian, saya memohon jasa baik kepada pihak-pihak yang mengambil gambar-gambar saya pada hari berkenaan agar tidak menggunakan gambar tersebut untuk kepentingan syarikat.

“Sekiranya gambar-gambar saya digunakan, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang. Saya ingin tegaskan sekali lagi di sini bahawa saya bukan artis atau duta YSLM. 

Saya hanya duta kepada Phytoscience Stemcell dan tetapi serta masih setia bersama mereka,” jelasnya.

Kami setuju dengan keputusan Umie itu kerana bukan sedikit cerita yang sudah kami dengar mengenai syarikat tersebut.

Bak kata orang, beringat sebelum terkena…tak gitu ? semoga perkara-perkara seperti ini tidak juga terkena kepada orang ramai yang mudah terpedaya dengan pihak-pihak seperti ini.

2 comments:

  1. tahniah umi, jangan kerana habuan duit berpuluh ribu, bangsa dan ugama tergadai, bangsa boleh tergadai kerana orang melayu yang kurang bijak akan memikirkan untuk kaya cepat dan sanggup buat apa saja untuk capai matlamat yang menipu itu, ugama tergadai sebab aqidah boleh berubah bila taksub dengan cara penipuan ini, syabas...selamat ugama selamat bangsa

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.