Thursday, July 10, 2014

Ustaz Nazrey bekas Kumpulan Raihan Sanggup Menyanyi Di Pasar Ramadan Cari Dana Untuk Bina Pusat Tahfiz


Walaupun hanya mendendangkan lagu nasyid di kawasan bazar Ramadan, bekas penyanyi utama kumpulan nasyid Raihan yang popular sekitar awal tahun 2000 itu tetap gigih meneruskan usahanya. 

Ustaz Nazrey Johari kini kerap dilihat pergi ke bazar Ramadan seluruh negara untuk mengumpul dana membina sebuah pusat tahfiz yang diberi nama Maahad Tahfiz Bayu Syahadah di Ranau, Sabah. 

Pusat tahfiz ini disasarkan untuk golongan asnaf, anak yatim dan saudara baru mempelajari agama Islam. Masih teringat lagi suara merdu Nazrey menyanyikan lagu Harapan Ramadan bersama Manbai suatu ketika dulu.

Sungguh mulia hati Ustaz Nazrey yang tidak kisah langsung menyanyikan lagu nasyid di bazar Ramadan untuk mengutip derma pembiayaan pusat tahfiz itu. Terkini Nazrey dilihat berada di pasar Ramadan di Kajang, Selangor. Kami juga ingin berkongsi dengan anda jika anda mahu menyumbang membiayai pembinaan pusat tahfiz ini. Ayuh kita sama-sama menyumbang Dana Pembinaan Al-Tahfiz Bayu Syahadah sempena Ramadhan yang penuh barakah ini.

Sumbangan Ikhlas DANA PEMBINAAN AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH Ranau , Sabah
:: AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH RESOURCES :: CIMB BANK 1230 0000 8331 09

( akaun BARU CIMB CIMB: 8600627302 )






1 comment:

  1. Heran betullah aku?! Mana MAIS - patutnya usaha amat mulia Ustaz Nazrey ni mendapat bantuan Tabung Haji dan MAIS; Malaysiakan NEGARA ISLAM?! Dahlah Sabah-Sarawak makin disasarkan PENGGANAS Kristian terutamanya dari DAPBANGKAI/PKRSODOM, untuk diKRISTIANkan dan diPISAHkan dari Malaysia kita ini supaya dapat disatukan dgn. Singapura! Puak PENGGANAS ni juga sekrg. makin galak membangkitkan perjanjian tahun 1963 (yg. tidak lansung MENGGUGAT Perlembagaan asal Negara) utk. MENGHASUT Bumiputera Bukan Islam di Sabah/S’wak utk. membenci ISLAM/umatnya dan asyik berlagak seolah Sabah/S'wak si Kristian punya dan seolah mereka MAJORITI - dan disyaki inilah punca utama mereka mempolitikkan dgn. amat DAJAL, penggĂșnaan KALIMAH ALLAH suci kita. Lihat di http://www.melanaublogger.com/2014/06/masa-depan-malaysia-ditangan-mereka-ini.html , Masa depan Malaysia ditangan mereka ini?, Posted by MELANAU BLOGGER; dan di - http://www.melanaublogger.com/2014/06/disebalik-sarawak-for-sarawakians.html, Disebalik "Sarawak for Sarawakians", Posted by MELANAU BLOGGER) - dan mahu PENJAJAH British-ZIONIS masuk campur! Maka KDN juga patut masuk campur kerana ini juga berkaitan Keselamatan Negara!

    Selain dari tu, Geng Kongsi Gelap KAPIRDAJAL yg. terlibat dlm. industri hartanah, disyaki juga terlibat dlm. pembakaran berleluasa ke atas kpg-kpg Islam/Melayu, termasuk di Sabah-Sarawak - utk. MERAMPAS tanah/kpg termasuk menawarkan utk. membeli dr. mangsa yg. terdesak atau sekiranya tanah negeri, utk. MENGHALAU umat Islam/Melayu termasuk pelarian Islam, dr. tanah/kpg. tersebut! Lihat kebakaran berleluasa yg. MENCURIGAkan ini, di -
    http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140703/dn_16/50-rumah-di-perkampungan-air-Kampung-Pondo-Pulau-Gaya-terbakar !

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Kesultanan Melayu (yg. berjuang demi ISLAM/umatnya yg. miskin-tertindas), Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat ISLAM, dan bangsa dan hak Bumiputera (BUMIPUTERA juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples).

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.