Wednesday, July 16, 2014

Yes! Saya Akan Kekal Jadi MB Selangor Hingga Akhir Penggal Ini - Khalid Ibrahim


Kepada mana-mana pemimpin PKR yang berangan-angan untuk menjadi menteri besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim wajar dilupakan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan dengan penuh yakin bahawa beliau akan terus menerajui kerajaan negeri Selangor sehingga penggal pentadbirannya berakhir.

"Saya dah nyatakan yang akan kekal hingga habis penggal tak perlu kecoh lagi.

"Sebagaimana yang saya janjikan, saya ambil tanggungjawab ini untuk tadbir Selangor sampai PRU (Pilihan Raya Umum) akan datang," katanya pada sidang media di Shah Alam pada Rabu.

Ketegasan Abdul Khalid dalam isu disampaikan selepas beliau menerima tekanan hebat daripada pelbagai pihak, termasuk pemimpin partinya sendiri supaya menggosongkan kerusi Menteri Besar.

Malah sebelum ini timbul khabar angin bahawa Ahli Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) turut merancang komplot untuk menggulingkan Abdul Khalid menerusi undi tidak percaya.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.