Saturday, August 2, 2014

10 sebab kenapa PAS wajib tinggalkan Pakatan Haram


Saya bersimpati dengan Dr Zuhdi yang diserang bertubi-tubi oleh kawan dan lawan, baik dalam media utama mahupun alternatif. Namun tidak ada siapa yang menafikan, walaupun di kalangan ahli dan kepimpinan PAS, bahawa kedudukan PAS dalam PR lebih banyak mengundang kerosakan kepada parti daripada kebaikan. Walaupun dari segi bilangan kerusi yang dimenangi bertambah namun dari aspek jati diri parti ianya sesuatu yang perlu dimuhasabahkan.

Saya melihat Dr Zuhdi adalah merupakan wakil kepada suara hati ramai pemimpin dan ahli parti yang selama ini gelisah dengan tindak tanduk parti kompenen PR lain tetapi tidak berani bersuara. Tahniah Dr Zuhdi, jangan berundur kerana saya yakin ramai ahli parti dan juga rakyat luar yang menyambut baik pandangan saudara. Hanya mereka yang takut hilang kuasa merasa tertekan dengan pandangan saudara.

Saya menggariskan 10 sebab kenapa PAS harus meninggalkan PR:

1. Agenda PAS banyak diselewengkan oleh pihak yang berkepentingan dalam parti tersebut. Jika PAS keluar PR maka PAS akan berjaya kembalikan perjuangannya yang asal seperti yang dipelopori oleh pimpinan awal mereka ke arah mendaulatkan Islam yang mana bangsa Melayu sebagai tonggak pemerintahan.

2. Memperkasakan kembali ulamak sebagai tonggak pimpinan parti. Keadaan sekarang dilihat ulamak tidak dihormati oleh pihak tertentu dalam parti malah dalam sesetengah keadaan ulamak dilihat diperlekehkan oleh ahli mereka sendiri.

3. Mampu memberhentikan serangan terhadap Islam oleh musuh-musuh Islam yang mengambil kesempatan keterlibatan PAS dalam PR yang dilihat terlalu bertoleransi dengan musuh Islam.

4. Menghilangkan kekeliruan rakyat terhadap sikap dan hala tuju PAS yang selama ini menjadikan Islam sebagai landasan perjuangan mereka. Rakyat yang cintakan Islam keliru dengan sikap PAS yang dilihat menyokong tindakan-tindakan musuh Islam atas nama ‘Rahmatan Lil Alamin’.

5. Mampu menyatukan kembali Melayu Islam yang hari ini dilihat hilang kepimpinan kerana pihak PAS tidak lagi mengambil kira suara hati mereka.

6. Mengekalkan penguasaan Melayu Islam di negara ini yang sangat kritikal ketika pihak musuh berusaha menghancurkan agama Islam dan bangsa Melayu.

7. Sokongan pengundi Melayu yang ingin kepada perubahan akan kembali kepada PAS kerana mereka sudah tidak yakin dengan kepimpinan UMNO. Selama ini mereka tidak berani mengundi PAS kerana PAS dilihat ‘tewas’ dalam pertarungan politik dengan DAP. Dakwaan DAP yang mengatakan PAS akan kehilangan lebih banyak kerusi kerana kehilangan undi Cina jika keluar PR adalah satu dakwaan mengugut dan penghinaan.

8. Institusi Kesultanan akan dapat dipertahankan kembali kerana musuh Islam tidak berani mempertikaikannya lagi jika majoriti Melayu Islam mempertahankanya. Sekarang ini institusi ini sedang cuba digoyahkan.

9. Mengelakkan parti ini daripada diperkudakan oleh nafsu serakah individu yang hanya mementingkan kuasa dan harta, nasib rakyat dan agama Islam bukan lagi menjadi agenda peribadi ini.

10. Tahaluf PAS dengan DAP adalah satu tahaluf yang boleh dipertikaikan dari segi syarak kerana ia banyak merugikan Islam baik dari segi kefahaman mahupun perlaksanaannya.

Tuan Haji Aminuddin Yahaya
Timbalan Presiden ISMA

8 comments:

  1. Kalau PAS keluar dari Pakatan,paling koman pun Pas tetap akan perentah Kelantan.Dengan cara Umno sekarang yg lebih terbuka dan boleh dok berbincang,kerjasama antara Kelantan dan Pusat tentu akan berjalan dengan baik dan lancar.Pas boleh saja melaksanakan objektif utama mereka utk menegakan Islam di samping ekonomi Kelantan akan dapat di susun semula dan di perkasakan dgn bantuan Kerajaan Pusat.Saya sangat optimis,PM Najib memang seorang yg lebih boleh di percayai berbanding dgn Anwar Ibrahim,yg di jadikan kawan oleh Pas sekarang.Demi ugama,bangsa ,negara dan matlamat asala perjuangan Pas sendiri,Pas perlu keluar dari Pakatan.Kecualilah Pas ingin berjuang utk menobatkan ideologi syaitan yg di terajuai oleh Anwar dan di kuasia oleh DAP.

    ReplyDelete
  2. Pas tidak akan kemana mana kerana pas dipimpin oleh mereka yang lemah dan menyakitkan hati saja.

    ReplyDelete
  3. Aik baru sekarang nak cari Melayu. Pas x pernah fikir pun pasal melayu.

    ReplyDelete
  4. Kesian pas. Sentiasa kena hentam.
    Dulu guan eng hentam pas pasal hudud, pas diam.
    Karpal singh dan kit siang pun hentam pas jugak.
    Pas masih diam.
    Tapi bila dr zuhdi bersuara sesama ahli pas, teruk pas kena hentam.
    Nampaknya pas macam melukut ditepi gantang je.

    ReplyDelete
  5. PAS hanya ibarat tisu jamban DAP.Lepas diguna untuk lap taik DAP,PAS dibuang dalam jamban. PAS adalah parti yang paling tidak bermaruah.Sanggup terguling-guling atas jalan untuk DAP.

    ReplyDelete
  6. Perjuangan Pas dah tak releven........tersasar dari matlamat asal penubuhannya. Penyokong Pas ramai dah goyah pasai Pas dah hilang identiti akibat puak tertentu yang cuba melencongkan matlamat asal perjuangan PAS. Sindrom rakus,tamak,gila kuasa melanda PAS. Pas harus berjuang sendirian dan sebagai parti alternatif Melayu. Pertelagahan macamana sekali pun UMNO dan PAS tetap 'serumpun'.

    ReplyDelete
  7. Kini ada 6 juta pengundi Melayu atas pagar, jika Pas mengambil keputusan keluar pakatan dan berdiri atas parti sendiri sudah pasti 60% daripada pengundi tersebut akan beralih kepada Pas...percayalah

    ReplyDelete
  8. Cukup lah Jangan jadi tipu jamban Dapig. Keluar lone ranger....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.