Tuesday, August 12, 2014

3 Exco PKR Enggan Bersumpah Untuk Menyokong Wan Azizah Sebagai MB


Tiga exco PKR Selangor dalam dilema apabila mereka dipaksa bersumpah oleh KETUM mereka Anwar Ibrahim bagi menyatakan sokongan kepada isterinya Wan Azizah  sebagai menteri besar Selangor.

Menurut sumber dalaman Tiga Exco PKR ini lebih menyokong Tan Sri Khalid sebagai MB kerana Khalid dikatakan mengamalkan budaya amanah dan telus dalam pentadbirannya.

Mereka ialah 
  1. Wong Keat Ping @ Elizabeth Wong (PKR, Bukit Lanjan) Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, 
  2. Dr Daroyah Alwi (PKR, Sementa) Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi Dan Inovasi
  3. Rodziah Ismail (PKR, Batu Tiga) Kebajikan, Hal Ehwal Wanita
Ketika ini ketiga-tiga mereka enggan menandatangani surat sumpah yang telah dibuat oleh pihak PKR seperti yang dikehendaki oleh Anwar Ibrahim.

Mereka juga dikatakan akan menyokong Tan Sri Khalid sebagai menteri besar Selangor dan akan dipecat keahlian oleh PKR.

PKR telah mengenakan pelbagai tekanan terhadap ketiga-tiga exco ini apabila pergerakan mereka sentiasa diintip untuk mengelakan daripada mereka bertemu dengan Tan Sri Khalid.

Sementara itu ketika ini Tan Sri Khalid Ibrahim sedang bertemu dengan barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor hari ini bagi memberikan penerangan mengenai perkembangan terkini status pentadbiran negeri.

Beliau yang tiba ke pejabatnya di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) pada pukul 9.45 pagi tadi dijadual akan mengadakan pertemuan tersebut dalam satu mesyuarat yang akan diadakan pada pukul 10.30 pagi tadi.

Mesyuarat yang bakal diadakan itu adalah rentetan daripada keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk berkenan mengekalkan Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang itu sebagai Menteri Besar, walaupun telah dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Ahad lepas.

3 comments:

  1. Tak payah sumpah-sumpah ......Apa susah nye....Kes Saiful pun tak berani bersumpah.

    ReplyDelete
  2. itulah sikap munafik bro.....bila bab org lain habis segala ayat,hadis,kata pujangga dipetik untuk mewajarkan/membela tindakkannya
    Tapi...bila terkena batang hidung sendiri, alim ulama telah menasehati saya agar tidak bersumpah....kan lucu tu....tak kan untuk membuat sesuatu yg penting untuk membuktikan kebenaran sendiri kena ikut arahan org lain....bersumpah jer pun.....berbelit-belit.............Tapi.....masih ramai yg terbelit dengan retorik serta hujahan falasi sang kelentong.Kalau org mcm saya kena belit, blh gak diterima pasal bukan sapa-sapa. Tapi.....kalau yg berkelulusan , berjawatan, berserban,berjilbab pun mudah kena kelentong......adalah dinasehatkan agar buat "overhaull" pada diri sendiri kenapa dan mengapa?

    ReplyDelete
  3. Tak usah jadi sesumpah.........abaikan saja arahan si Ketum......

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.