Monday, August 11, 2014

31 Adun menyokong Khalid Menyebabkan Sultan Perkenan Abdul Khalid Kekal Sebagai MB Selangor


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai menteri besar.

Menurut Abdul Khalid, beliau akan terus menjalankan tugas sehingga ada perkembangan baharu.

Menurutnya, selepas menghadap Sultan Selangor, baginda berpuas hati dengan penjelasannya dan memberi perkenan kepadanya untuk terus memegang jawatan menteri besar.

Berdasarkan senario semasa, Khalid mungkin dapat sokongan penuh 15 Adun PAS, 12 dari BN dan beberapa orang lagi Adun dari PKR dan DAP.


Khalid memerlukan sekurang-kurangnya hanya 29 Adun sahaja bagi membolehkan beliau kekal tetapi difahamkan sehingga kini Khalid telah mendapat sokongan daripada 31 Adun Selangor.


Jika ini berlaku kemungkinan exco akan dibubarkan diganti dengan exco yang baru.

Menurut maklumat beberapa Adun umno dan Pas bakal dilantik sebagai exco dalam pentadbiran Tan Sri Khalid. 

"Saya mendapat sokongan penuh daripada keempat-empat ahli PAS dalam exco kerajaan negeri bawah pimpinan saya, oleh itu saya boleh teruskan mesyuarat exco," kata beliau dalam sidang media hari ini.

Menurut undang-undang negeri, Khalid hanya memerlukan sekurang-kurangnya empat exco‎ untuk menjalankan urusan negeri. 

Bagaimanapun beliau menyatakan akan bertemu enam exco lain dari PKR dan DAP untuk bertanya mengenai kesanggupan bekerjasama bersama pentadbiran beliau.

"Kalau mereka tak mahu bersama dalam pasukan menteri besar, lebih baik mereka tak jadi exco, kita bekerja untuk rakyat Selangor bukan atas kehendak peribadi individu tertentu" kata beliau.


Abdul Khalid memaklumkan bahawa beliau akan mempertimbang cadangan untuk menyertai Pas tetapi buat masa kini beliau akan membersihkan namanya terlebih dahulu.

Isu pembubaran DUN tidak disentuh dalam mesyuarat dengan sultan kerana beliau tidak meminta pembubaran dewan dibuat.

17 comments:

  1. Mudah2an Kerajaan Perpaduan dapat dibentuk , seterusnya dapat menyelesaikan isu2 Air , Sampah , dan perumahan rakyat ...

    " TANYA SAMA ANUAR APE SEBAB GOYANG , NANTI JAWAB ANUAR SELANGOR NAK HILANG " .. atau .. ANUAR TERJUN DENGAN LABU LABUNYA ...BIARKAN BIARKAN.. he he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahha.. good one. Back at you anwar!

      Delete
    2. Tanya sama anuar apa goyang, nanti anuar jawap nak masuk dalam
      jangan marah DSAI
      selamat hari raya 0 0

      Delete
  2. hahaha...mula2 Khalid ditekan utk letak jawatan, sekarang korang pula kena tekan kat Khalid... Siapa kata Khalid tak reti politik?

    ReplyDelete
  3. 5 exco umno 5 exco pas dijangka akan dilantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku jangkakan 6@7 dari PAS dan 4@3 dari UMNO. TSKI mesti nak balas budi PAS dulu kmdn baru UMNO.

      Delete
  4. ni baru profesional..salute.....

    ReplyDelete
  5. jgn cakap Aljuburi Laknatullah jer yg pintar... diam2 TSKI berisi... mainan dia pun boleh tahan juga walaupun tak bersekongkol dgn Yahudi...

    ReplyDelete
  6. Sultan telah melihat dari berbagai sudut sebelum menbuat sebarang keputusan. Berbanding dengan Parti Anwar Ibrahim yang tamak kuasa

    ReplyDelete
  7. kah kah kah..maka musnah lah mimpi mimpi basah Anwar dan kuncu-kuncunya yg kebuloq sangat nak jawatan MB selangor tu kah kah kah...depa ingat depa pandai sangat dalam hal undang2 tubuh negeri selangor tu...pom pang pom pang dalam media duk canang TSKI tak layak atau hilang kelayakan jd MB...kah kah kah....DAULAT TUANKU...

    ReplyDelete
  8. Peliwat ada peguam keliling pinggang pun masih BODOH dengan UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI SELANGOR....

    Kah kah kah kah kah kah kah

    ReplyDelete
  9. TSKI apa ke perlu tanya pada exco 6 orang tu..adakah mereka tu menyokong TSKI untuk meletak jawatan? gugurkan je dari exco gitu gak Speker..lanti je yg baru...biar lantak mereka melalak di luar Dewan.

    ReplyDelete
  10. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan pelantikan individu yang layak menjadi menteri besar negeri itu. Kuasa itu diperuntukkan dalam Artikel 51, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.
    "Sultan Selangor mempunyai kuasa mutlak dalam dua perkara dan boleh membuat keputusan tanpa perlu nasihat iaitu yang pertama dalam hal pemilihan menteri besar dan kedua, soal pembubaran Dewan Undangan Negeri. "Dalam membuat keputusan menyentuh kedua-dua perkara itu, sultan tidak perlu bertindak atas nasihat sesiapa.
    Maka itu rakyat Negeri Selangor harus sedar dan bangkit melihat bahawa "Langkah Kajang" yang di cetus oleh YB Rafizi telah bertukar menjadi "Langkah Kejang"

    ReplyDelete
  11. Bersyukurlah dengan nikmat Kerajaan yang dikurniakan Allah. Orang yang tamak selalu rugi.

    ReplyDelete
  12. Ulam cemamak Kari ikan duri
    Orang tamak selalu RUGI. Tak begitu abg non?

    ReplyDelete
  13. bcu taik weiii..hahaha

    ReplyDelete
  14. Daulat Tuanku Sultan Selangor.......Saya dengan rasa cukup berbangga dan bersyukur kehazrat Allah swt kerana mengurniakan kepada negeri Selangor raja pemerintah yang cukup berkebolihan dan saya menyeru rakyat Selangor seluruhnya untuk menghormati Tuanku Sultan Selangor seadanya selaku Raja Negeri Berdaulat.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.