Tuesday, August 19, 2014

Ahli Pas perlu bangun pertahan Majlis Syura Ulama jika mahu Pas relevan sebagai parti Islam - Mohamed Mustafa


Ahli-ahli Pas diminta tampil mempertahankan Majlis Syura Ulama, badan tertinggi dalam parti itu yang semakin hilang pengaruhnya akibat peranan dimainkan oleh golongan bukan ulama Pas yang membawa agenda tertentu dalam perjuangan.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, kredibiliti parti itu akan terus tercalar sekiranya suara ulama tidak lagi diutamakan malah ada yang berani mempersoalkan peranannya.

Beliau berkata, berhubung kemelut jawatan Menteri Besar Selangor, ini adalah sejarah baharu bagi Pas apabila suara Majlis Syura Ulama berjaya ditolak sepenuhnya oleh sebuah badan yang lebih kecil peranannya yang sebelum ini hanya patuh kepada arahan.

"Saya tidak pernah melihat Pas berada dalam keadaan begitu lemah. Inilah zaman Pas paling lemah dan tidak ada langsung kredibiliti sebagai sebuah parti yang berwibawa serta mendapat sokongan ramai.

"Kedudukan Pas ketika ini sangat mengecewakan melainkan mereka mampu mengangkat balik golongan ulama kerana jika gagal, ulama dalam Pas seolah-olah tidak lagi dihormati oleh golongan profesional," katanya

Beliau mengulas keputusan Jawatankuasa Pas Pusat semalam yang bersetuju mencadangkan nama Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Keputusan tersebut mengejutkan banyak pihak kerana menolak pendirian Majlis Syura Ulama sebelum ini yang mempertahankan pentadbiran Abdul Khalid.

Mohamed Mustafa berkata, keputusan jawatankuasa itu menimbulkan persoalan mengenai siapa sebenarnya yang sedang berkuasa di dalam parti terutama dalam membuat sesuatu dasar.

Tegas beliau, jika peranan golongan ulama gagal diangkat, parti itu akan terus mengeluarkan pendirian yang tidak menentu dalam apa sahaja isu kerana perlu bergantung kepada arahan daripada pihak luaran yang mempunyai kepentingan tertentu.

"Kita sudah faham macam mana struktur Pas (Majlis Syura Ulama di atas) tetapi tiba-tiba jawatankuasa yang lebih rendah boleh batalkan keputusan itu, mula-mula kata setuju kemudian tidak.

"Kalau beginilah keadaannya, nampak sangatlah Pas mudah dipermainkan oleh ejen asing dalam parti itu. Mereka ini mempengaruhi Pas. Macam mana lagi Pas mahu mempertahankan dasar perjuangan parti dalam pakatan pembangkang kalau sudah dikawal?" soal Mohamed Mustafa.

9 comments:

  1. Keputusannya tak diikuti, tak dipatuhi, tak dihormati, mk MSU bukan yg tertinggi. Final decision pd JPP, mk JPP lah lbh tinggi. JPP pulak mematuhi arahan bang non, mk bang non lah yg paling tinggi.

    ReplyDelete
  2. Abg non sekarang sudah Ada 2 parti....

    ReplyDelete
  3. sayanngg sungguh sayaang .. Ramai yang masih lkeliru .. sebenarnya PAS bukan Islam dan begitu juga sebaliknya ... terlalu lama pemikiran rakyat Malaysia di dokrinkan bahawa menyokong PAs seola2 menyokong Islam.... Hari ini apabila KEMUNAFIKAN NIK AZIZ DAN BEBERAPA ULARMAK menyokokong golongan Anwarinas dan DAPigs ... seluruh Umat Islam menyokong Mereka.... kena ubah sekarang ..kena ubah sekarang ...kena ubah sekarang mentaliti yang serong ini.... Selamatkan generasi anak2 Islam sekarang dengan menolak parti munafik PAS..

    R.I.P PAS

    ReplyDelete
  4. AlhamdulIllah...dengan kemelut MB Selangor ini, Allah telah mendedahkan kepada kita wajah2 munafiq di dalam PAS, yang termasuk nik aziz dan hadi awang. Tuan2/puan2 tau sebab apa 2 orang munafiq utama PAS tersebut membuat u-turn? Sebab malam sebelumnya mereka telah mendapat wahyu dari IBLIS untuk menyokong PKR & DAP. Hina dan bangsatnya para pemimpin PAS. Mereka tersenyum lebar dalam sidang media menyampaikan keputusan AJK pas pusat tanpa mereka sedari bahawa muslim/melayu seantero Malaya mengutuk dan menghina mereka. TSKI mesti bubarkan DUN [harap DYMM Sultan akan perkenan] dan adakan snap election. Jika ini berlaku, saya yakin, insyaAllah, PAS akan lenyap dari DUN Selangor...Amiim.

    ReplyDelete
  5. Majlis Bubur Asyura mana ada kuasa bg bubur semangkuk senyaplah.. Dah lama tau yg PAS adalah parti munafik. bila dapigs kata pas munafik br dia sedar skrg dah kembali ke pangkuan tuhan mrk.. tuhan pas ialah Aljuburi n dapigs mana dia hudud yg berapi nak diperjuangkan tu? hanya org islam yg tolol je yg sokong pas ni.. Parti Anjing Semalaysia tak dpt mkn taik dpt cium pun jadila..

    ReplyDelete
  6. bila peliwat tegar di jadikan imam beginilah jadinya, kalau Aljuburi cakap taik yg busuk tu coklat cadbury aku yakin org pas akan mengunyahnya.. mufarrakah aje la wei.. tak guna solat tunggak tunggik kalau berimamkan Aljuburi gelap hati di buatnya..

    ReplyDelete
  7. Salam, mohon pautan Portal Pahangku http://pahang-ku.blogspot.com , terima kasih - bRVEhEART

    ReplyDelete
  8. Umno buang peliwat tersohor..nickey aziz cakap peliwat tak salah selagi tk dapat 4 saksi yg nampak pale but... nuar masuk dlm lubang kunyit.sekarang baru tau nuar tu sapa masih tk nak mengaku tersilap.kembali le kepangkal jalan.malu takat mana je.dosa memaki hamun orang umno tu yg nickey aziz , hadi awang ahlul ahlul pas kena minta maaf dan bertaubat.bakkata kazim ilias...kita dah le tk banyak pahala jangan le kita cari dosa pulok....

    ReplyDelete
  9. Alahai prof ni nmpk mcm penasihat PAS aje, sebenonya prof ni bkn penyokong tegar PAS, setahu gua prof ni penyokong tegar umporno, cuba kita perhatikan komen2 beliau sebelum ni selalunya bais kpd BN/Umporno, tujuan nya agar PR berpecah, kalau betoi berani hrp dpt prof komen kritikan Tun M kpd Najib...... tu pn kalau x syg jwtn skrg.... ade berani ke?

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.