Tuesday, August 12, 2014

Anwar Ibrahim Gagal Pujuk Haji Hadi Untuk Ikut Telunjuknya


Hasrat Anwar Ibrahim untuk melihat 
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengikut telunjuknya seperti yang beliau lakukan sebelum ini berkecai apabila Haji Hadi menolak permintaan Anwar agar Pas menyokong usahanya menjadikan isterinya Wan Azizah menjadi menteri besar Selangor.

Pertemuan bersama Anwar dan Hadi berlaku di sebuah hotel di Marang petang semalam, Presiden PAS itu bertegas menolak pencalonan Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Hadi, yang sebelum ini dilaporkan bertegas mahukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor, mahu PKR menamakan calon lain selain Wan Azizah.

Antara nama yang disebut-sebut menjadi pilihan PAS ialah Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa.


Menurut sumber dalaman PKR, hanya Haji Hadi sahaja yang dapat membantu Anwar Ibrahim untuk menyingkirkan Tan Sri Khalid sebagai menteri besar. Tanpa bantuan Haji Hadi Anwar tidak akan berjaya dalam rancangannya memiliki negeri yang terkaya itu.

Sementara itu, Anwar enggan mengulas lanjut hasil pertemuannya dengan Abdul Hadi dan menganggap ia hanya pertemuan biasa kerana perjumpaan itu dikatakan gagal dalam usahanya memujuk Hadi mengikut telunjuknya.

Abdul Khalid yang enggan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, dipecat daripada PKR pada 10 Ogos lalu atas dakwaan mengingkari arahan parti.

Bagaimanapun pada 11 Ogos, Sultan Selangor memberi perkenan agar Abdul Khalid mengekalkan tugas sebagai Menteri Besar Selangor.

Abdul Khalid dalam satu kenyataan menjelaskan, sehingga ada perkembangan baharu, beliau kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa.

Sementara itu pada petang 11 Ogos, satu kenyataan bersama Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mencabar Abdul Khalid membuktikan sokongan majoriti DUN seperti yang dimaklumkan kepada Sultan Selangor pada pagi Isnin.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.