Wednesday, August 13, 2014

Belum Sempat Anwar Rancang Tindakbalas, Khalid Hantar Surat Tuntutan Maaf


Belum sempat Ketum Anwar melakukan tindakbalas terhadap menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim, Khalid terlebih dahulu  mengemukakan surat tuntutan kepada Saifuddin Nasution bagi memaksa setiausaha agung PKR itu memohon maaf dan menarik balik satu laporan yang sengaja memburuk-burukkannya.

Jika tidak satu lagi surat saman akan dihantar kepada Saifuddin.

Khalid menuntut Saifuddin menarik balik tuduhan dan membuat permohonan maaf secara terbuka atau berdepan dengan saman yang boleh membangkrapkan Saifuddin.

Saifuddin Nasution Ismail dikatakan mahu memberi tekanan kepada Khalid dengan menghantar dokumen kononnya salahlaku Tan Sri Khalid Ibrahim semasa menjadi menteri besar Selangor.

Saifuddin bukan sahaja menggugut dengan dokumen tersebut malah mengugut untuk melaporkan kepada pihak SPRM.

Apabila Khalid menerima dokumen tersebut lalu beliau telah memberi arahan supaya dokumen tersebut terus diserahkan kepada SPRM.

Kini agenda Saifuddin untuk membantu Anwar tidak kesampaian kerana Khalid langsung tidak gentar dengan ugutan tersebut.

Khalid dipecat daripada parti itu pada hari Sabtu lalu hanya kerana enggan meletak jawatan sebagai menteri besar untuk memberi laluan kepada isteri Ketum Anwar menjadi menteri besar.

Laporan PKR itu antara lainnya membangkitkan kes hutangnya dengan Bank Islam, penstrukturan semula industri air Selangor, projek lebuh raya Kidex dan kutipan sampah di negeri itu.

Ia turut mempromosi isteri Ketum Anwar Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan kedudukannya sebagai menteri besar.

Difahamkan, Khalid akan mengemukakan lebih banyak surat tuntutan dan saman selepas ini.

1 comment:

  1. Ni sah Anwar guna penasihat Kassim Patalon

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.