Tuesday, August 12, 2014

Exco Pas Kini Bersama Khalid, Exco PKR dalam Dilema, Exco DAP Takut dipecat


Kemelut perebutan jawatan Menteri Besar Selangor tidak seharusnya menjadi penghalang untuk para Exco daripada menjalankan tugas mereka.

Semua exco Pas akan tetap bersama menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim meskipun diberi tekanan daripada puak kumpulan Anwar Ibrahim. Tiga Exco PKR masih dalam dilema atas pagar samada mahu menyokong Khalid atau Anwar Ibrahim. Manakala 3 exco DAP takut dipecat oleh parti apabila Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng telah memberi amarana kepada Exconya agar tidak menyokong Khalid Ibrahim.

Menurut Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Ir. Iskandar A. Samad, dia dan rakan sejawatan daripada Pas akan tetap melaksanakan akan bersama Tan Sri Khalid sebagaimana yang telah diarahkan oleh Presiden parti demi tugas mereka bagi menjaga kepentingan rakyat Selangor.

Exco-exco yang mewakili Pas dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor tidak akan meletakkan jawatan mereka walaupun kerajaan negeri sedang dilanda kemelut perebutan jawatan Menteri Besar.

Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr. Ahmad Yunus, buat masa ini, Pas telah memutuskan agar wakil-wakilnya untuk meneruskan tugas seperti biasa.

Selain itu, beliau memberitahu, beliau telah berjumpa dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk berbincang mengenai perlaksanaan tugas Exco-exco yang bakal terus kekal di bawah pimpinan beliau.

"Sebarang tindakan lanjut hanya akan diputuskan selepas pimpinan Pas bermesyuarat pada Ahad ini," jelasnya 

2 comments:

  1. apalah nak jd ngan anwar ni kadang kesian jugak tgk dia kehulu kehilir mcm anjing.. aku tgk pengikut pun makin kurang.. tak mcm dulu ttpi tetap akan anjing yg mengikut dia jd pas jgn jadi anjing anwar..

    ReplyDelete
  2. PKR is a sinking ship, better jump out. PAS yg selalu dibuli dan diperlekeh diharap jadi penyelamat. PAS please be wise, with who want to befriend.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.