Monday, August 11, 2014

Fekah Husin Baru Tahu Betapa Kotornya Politik Anwar Ibrahim Yang Disanjungnya Selama Ini


Bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin mengisytiharkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuatkuasa serta-merta setelah sedar permainan politik Anwar Ibrahim sememangnya lebih kotor daripada yang disangka.

'Orang kuat' Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu bertindak mengikut jejak langkah 'bosnya' yang kini berada di luar PKR selepas akibat dipecat parti kerana mendakwa hilang kepercayaan terhadap Ketua Umum(KETUM), Anwar Ibrahim dan Presiden parti/Isteri Anwar, Wan Azizah Wan Ismail.

"Tindakan ini diambil kerana hilang kepercayaan terhadap pimpinan parti yang ternyata gagal menangani isu berbangkit berhubung kedudukan jawatan menteri besar Selangor secara berhemah dan menurut tatacara yang betul serta teratur," katanya pada Isnin.

Tidak sangka begini jijiknya permainan politik KETUM yang beliau sanjungi selama ini.



Beliau berkata demikian menerusi surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bertarikh Isnin.

Mengulas lanjut berhubung pendiriannya itu, Faekah yang kini merupakan Pegawai Penyelaras DUN Pelabuhan Klang yang disandang Abdul Khalid berkata, PKR telah terpesong daripada nilai keadilan yang diperjuangkan diawal penubuhannya.

Abdul Khalid pada Sabtu telah dipecat keahliannya oleh Jawatankuasa Disiplin PKR selepas enggan memberi laluan kepada isteri Anwar Ibrahim Wan Azizah Ismail untuk dilantik sebagai menteri besar yang baharu.

6 comments:

  1. Lakunan politik pkr belum selesai lagi walau yang tinggal hanya bernyawa ikan sahaja. Masih ujud cebisan nyawa untuk terus hidup yang entah beberapa hari sahaja lagi .....sukar diramalkan. Faekah sudah mengorak langkahnya sendiri meninggalkan kekeliruan dan mungkin juga bolih dikatakan kedurjanaan yang sedang bermaharajalela ekoran cubaan menjatuhkan kepimpinan Selangor yang dikakumi rakyatnya. Berkemungkinan ramai lagi tokoh dalam pkr bakal mengikut jejak Faekah.

    Yang masih agak keliru adalah rakyat Selangor sendiri. Terkapai kapai mencari kepimpinan negeri yang kini ramai diperkatakan walau kepastian yang bakal berlaku masih dilindungi kabus tebal. Kebolihan penasihat pkr kini benar benar teruji. Bolihkah kepetahan dan keajaiban setiap buah tuturnya mengembalikan keyakinan rakyat Selangor kepada keupayaan kepimpinan pkr yang merudum itu?

    Apakah masih lagi ada sejata politik yang dimiliki penasihat itu untuk memulihkan image pkr yang terlalu buruk itu? Semestinya rakyat hanya mampu tunggu dan lihat sahaja atau datangnya suatu tenaga baru memimpin tangan tangan rakyat Selangor ke era baru yang lebih diyakini.

    ReplyDelete
  2. DAP & PKR kena checkmate oleh TSKI dan UMNO. Umno (12 Adun) + PAS (15 Adun) + 2 (TSKI & PA) = 29 ADUN berbanding PKR & DAP = 27. TSKI dpt sokongan majority.DAP & PKR bakal hilang kerusi exco. Pandai2 tupai melompat, mereka terupa katak2pun boleh melompat juga.

    ReplyDelete
  3. Malaysia nama negara ku. TANAH MELAYU tinggalan nenek moyang ku.

    ReplyDelete
  4. (( Sidang Tertutup )) -Penyelesaian Akhir Krisis MB Selangor

    Hakikat yg pasti, UMNO takut terkubur di Selangor Jika Wan Azizah menjadi MB Selangor... Mungkin Ya!

    UMNO perlu menerima hakikat ini yg memulakan drama ini berlarutan kerana mengumumkan Anwar bersalah kes liwat beberapa hari sblm sempat bertanding di kajang... Kemaruk kuasa di negeri termaju ini, menjadikan UMNO sanggup buat apa saja... Tapi tak mungkin pd Wan Azizah.. UMNO sudah berada di jalan mati...

    Tapi, jika pemimpin lain yg menjadi MB selangor, mungkin UMNO mempunyai jalan2 lain yg lebih mudah!

    Tawaran yg ditawarkan UMNO hanyalah cerita dongeng...

    Konflik Anwar dan Khalid bersifat sementara..

    Khalid akan pulang ke pangkuan PKR melalui Anwar juga sebenarnya..

    Jadi, jangan susah hati sgt ye :)


    Sumber
    >>> Klik Di Sini

    ReplyDelete
  5. PUJUK HATI SENDIRI NAMPAK.

    ReplyDelete
  6. CEO cyber .. HANG BUAT LAWAK

    " Konflik Anwar dan Khalid bersifat sementara..

    Khalid akan pulang ke pangkuan PKR melalui Anwar juga sebenarnya..

    Jadi, jangan susah hati sgt ye :) "

    KHALID IBRAHIM TELAH DI PECAT ..DIPECAT ...DIPECAT ..... ade faham ... siapa yang memecatnya .... PKR melalui Brother Anuuar B. Ibrahiim @ B.A.B.I ...

    shame on you ..... takkan anuar jilat lidah nya semula .... ha ha ha ha

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.