Wednesday, August 13, 2014

Gempar! Adun Pas Saari Sungib Paling Tadah Sokong Wan Azizah Ingkar Perintah Presiden Pas


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang dari PAS Saari Sungib dikatakan berpaling tadah dan cuba mengingkari arahan yang diberikan oleh Presiden Pas Datuk Seri Haji Hadi Awang apabila menggesa agar kepimpinan PAS Pusat menyokong DAP dan PKR menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor Lapor Malaysian Insider



Saari (gambar) dikatakan bersimpati dengan ke enam-enam anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) Selangor dari PKR dan DAP yang dipecat daripada jawatan oleh menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Saari Sungib meminta kempimpinan PAS pusat agar menyegerakan mesyuarat supaya satu keputusan menyokong dan mengukuhkan hubungan dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat (PR).

Kerajaan perpaduan bersama UMNO merupakan igauan buruk buat Saari Sungib tetapi mengukuh hubungan dengan PKR dan DAP lebih selesa.


Saari berkata, tindakan PAS menangguhkan mesyuarat berkenaan seolah-oleh pendirian parti itu untuk terus bersama PR masih lagi samar-samar sehingga membuatkan penyokong dan rakyat terpaksa menanti keputusan mereka.

"Sekiranya mesyuarat hanya memutuskan perkara dasar, iaitu untuk terus bersama PR, kita sudah ketahui perkara itu sekian lama.

"Sekiranya untuk memutuskan keluar dari PR, ia memerlukan muktamar khas bagi mendapatkan persetujuan," katanya.

"PR Selangor termasuk PAS seharusnya mengukuhkan kedudukan majoriti mereka dalam Dewan Undangan negeri (DUN) dengan bilangan kerusi dan PAS harus menyertai mereka bagi memastikan kerajaan PR Selangor kekal memerintah.

Saari bimbang apabila Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan secara terbuka menyokong Khalid, itu petunjuk jelas mereka (BN) mempunyai pasukan memantau perkara itu," katanya


Saari merupakan rakan karib Anwar Ibrahim. Itu sahaja rakan lama dalam PAS yang boleh dipercayai Anwar. Antara Adun "Anwarinas" yg sudah diplan dalam Pas seperti mana Khalid Samad dalam Pas.

Hujah Saari sama seperti hujah yang dilemparkan oleh Lim Kit Siang....Sebelum ini Lim Kit Siang menuduh umno cuba menarik Adun Pas agar berpaling tadah.

Persoalannya siapa sebenarnya yang cuba menghasut  Adun Pas?

6 comments:

  1. Yang pecat TSKI pun SiKetum tu..jd apsal pulak Umno yg salah akan apa2 perkara yg muncul selepas pemecatan ?.. Dah kena liwat ke otak tu

    ReplyDelete
  2. Sikap tamak pemimpin Islam terhadap kuasa berbanding kepentingan agama akan hanya menyebabkan kehancuran kepada umat Islam.

    Sikap tamak sedemikian juga boleh membawa kehancuran kepada negara Islam, selain mencalar kesucian agama Islam itu sendiri.

    Pemimpin Islam sepatutnya lebih mengutamakan usaha mengukuhkan kedudukan Islam dan umat Islam, mengambil kira pelbagai cabaran yang dihadapi oleh umat Islam sekarang.

    Sikap tamak kuasa itu juga boleh membawa kepada hilangnya kemuliaan agama dan umat Islam itu sendiri apabila mereka saling bertelagah sesama sendiri semata-mata hendak mengejar kuasa.

    Lebih buruk lagi, akibat tamakkan kuasa, mereka sanggup pula bersekongkol dengan golongan kafir atau munafik, sedangkan sesama Islam sering bertelagah.

    http://bit.ly/1AaHaHv

    ReplyDelete
  3. bukan srigala daa... biri-biri yang dah tenat...... katakan pas ikut demokrasi, kenapa seorang ni tak boleh ikut majoriti, dan tunggu dan lihat apa akan terjadi seterusnya....seorang ni boleh cetus bala ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tercerai pulak bini mamat ni kang sbb dah sumpah baiah

      Delete
  4. Yang mula buat drama PKR...yg berebut kuasa PKR... DAP cuit dan jolok dari belakang jer... PAS terhoyong hayang mana satu tuan nak ikut.... Pengakhiran cerita dah dapat agak dah... ini semua salah UMNO.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.