Monday, August 18, 2014

Haji Hadi Hilangkan Diri Sebab Kecewa Dengan Ugutan daripada AJK Pas Pusat Pro-Anwar


Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus menghilangkan diri dan gagal untuk dihubungi oleg media selepas membuat keputusan menyokong isteri Anwar Ibrahim Wan Azizah menjadi menteri besar Selangor.

Menurut sumber beliau amat kecewa dengan ugutan dan tekanan yang diterima daripada kumpulan AJK Pas Pusat yang pro-Anwar Ibrahim semasa mesyuarat berjalan.

Khalid Samad merupakan orang yang paling lantang menentang cadangan Haji dan sentiasa memberi iguan buruk jika Pas keluar pakatan dan bergerak bersendirian.

Difahamkan hari ini Haji Hadi akan bertemu dengan Nik Aziz untuk membincang kemelut menteri besar Selangor yang mendapat tekanan daripada AJK berkiblatkan Anwar dalam Pas sendiri.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu dijangkan akan membuat kenyataan selepas pertemuan berkenaan yang dijangka berlangsung di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru di Kota Darulnaim pada Isnin.

PAS pada Ahad membuat pendirian yang mengelirukan apabila mengumumkan tidak lagi menyokong kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Selain itu, mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di Kuala Lumpur itu turut mencalonkan dua nama iaitu Presiden PKR yang juga isteri kepada Anwar Ibrahim Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Mohamad Azmin Ali sebagai calon menteri besar yang baharu bagi menggantikan Abdul Khalid.

Tindakan itu bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama sebelum ini yang memberi sokongan penuh kepada Abdul Khalid untuk kekal sebagai menteri besar.

Apa pun Pas kini sudah tidak boleh diselamatkan lagi kerana dipenuhi dengan penyokong Anwar Ibrahim dan bekas ahli PKR dan kini Pas hanya mampu mengikut telunjuk Anwar dan DAP sahaja.

5 comments:

  1. Kepada ahli 2 PAS yang betul2 memperjuangkan Islam, ko orang semua kena bersatu dan sepak terajang macai2 Bang Non Al-Juburi dari dalam parti ko orang semua. Kalau tidak lebih baik lah ko orang semua buang lencana PAS ko orang dan ganti kan dengan lencana yang ni - 'KELDAI'......

    ReplyDelete
  2. dangkal sgt baca politik....PAS MEMANG SOKONG...MEMANG SOKONG....AKAN SOKONG DAN TERUS SOKONG....KALAU ELI WONG JD MB PUN PAS SOKONG...RAYER PUN PAS SOKONG...GOBIND PUN PAS SOKONG....YANG PAS TAKKAN SOKONG SAARI SUGIB...HASAN ALI...MAT SABU...MUSTAFA ALI...KENAPA PAS SOKONG ???

    NAK MAMPUS KLU TAK SOKONG....TOLONG BERITAHU BERAPA KWSAN DI SLNGOR YG ADA 70% PENGUNDI MELAYU ISLAM....YANG ADA 90% PENGUNDI PENGGEMAR KHINZIR DAN GHUDUMBUK !!!!

    PAS MEMANG PANDAI BERPOLITIK...PEDULI LA ORG NAK KATA PENJILAT KA....PENGKHIANAT ISLAM KA...BARUA KA...ANJING KA....LU ORANG TOLONG BACA MAKSUD SEBENAR POLITIK !!!!!

    ReplyDelete
  3. Aku setuju, PAS mmg dah tak dpt diselamatkan lg. So, abandunt the ship !

    ReplyDelete
  4. sebenarnya PAS telah lama hancur. Jasad nya saja masih berdiri, tapi roh perjuangannya telah lama mati. Orang Pas dari pantai timur saja yang nampaknya masih ada lagi perjuangkan maruah pas. Tapi bila berhadapan dengan orang pas dari pantai barat, mereka semuanya kecut perut dan akan di jentik telinga. untuk menghiburkan diri, mereka akan menyalahkan melayu umno sehinggalah mereka mati menemui tuhannya.

    ReplyDelete
  5. Smlm dia hilang diri
    Pas ni hilang jawatan

    Itulah... ilmu agama tinggi.
    Tp x guna pd jalan yg betul
    Munafik...

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.